Lima bulan berkahwin, Ini Tindakan Mengejut Remy Ishak Buat Ramai Tak Sabar!

LIMA bulan mendirikan rumahtangga, pelakon Remy Ishak berkata pertanyaan orang sekeliling tentang zuriat menyebabkan dia mula terfikir tentang cahaya mata.

“Apabila kembali bekerja, orang sekeliling mula bertanya dan membuatkan saya terfikir hal anak.

“Saya tanya kepada diri sendiri, si.buk sangat ke saya bekerja?

“Bagaimanapun saya dan isteri lebih fokus pada kerjaya masing-masing. Kami pun tak pernah bercakap tentang hal ini,” kata Remy kepada mStar.

Remy bernikah dengan ahli perniagaan Roszaliza Yusoff atau Ezza pada Ogos 2021.

Apabila kembali bekerja, orang sekeliling mula bertanya dan membuatkan saya terfikir hal anak.

REMY ISHAK

PELAKON

Selain itu, Remy juga berkata, kes.ibukan bekerja juga menyebabkan mereka belum sempat berbulan madu.

Malah perancangan untuk mengerjakan umrah turut tertangguh disebabkan beberapa kekangan.

“Selepas bernikah tak dapat nak honeymoon sebab ketika itu sekatan pergerakan ke luar negara.

“Begitu juga dengan perancangan umrah. Awalnya nak ke sana tak boleh sebab belum lengkap vaksin.

“Sekarang perjalanan ke umrah kembali dise.kat. Kami juga si.buk dengan kerja.

“Belum ada rezeki untuk honeymoon, umrah dan memilik cahaya mata,” ujarnya.

masked21

Remy bakal menjadi juri TMSM musim kedua.

Remy ditemui ketika majlis sidang media program The Masked Singer Malaysia (TMSM) di VE Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Musim kedua ini Remy sekali lagi diberi tanggujawab sebagi juri bersama lapan orang selebriti lain.

“Gementar juga dipanggil untuk jadi juri musim kedua, tetapi melihat kepada musim pertama ia satu program tang sangat seronok. Kami bagaikan satu keluarga.

“Rancangan ini wujudkan satu sisi lain dalam diri saya. Saya rasa lebih tenang, ceria dan suka untuk berkongsi,” jelasnya.

TMSM akan bersiaran setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 28 Januari di saluran Astro Warna HD.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *