“Kami tak pergi berdua sahaja” – Janna Nick jawab tudvhan t1dur sebilik dengan kekasih ketika bercuti

D1TUDUH tidur sebilik dengan kekasihnya, Dini Schatzmann ketika bercuti di London pada bulan lalu, pelakon Janna Nick menjelaskan dia tidak pergi berdua.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner 27, berkata, dia ke sana bukan sekadar bercuti, malah menjalani penggambaran telefilem terbitan syarikatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Saya ada melihat dan ternampak komen netizen namun memilih untuk mengutamakan kesihatan m3ntal saya. Oleh itu, saya tidak melayan komen-komen begitu.

“Cukuplah tahu kebenaran. Sebenarnya percutian ke London itu sekali turut penggambaran. Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.

“Jadi dari situ sudah boleh tahu sama ada kami tidur sebilik atau tidak. Lihat situasi logik ke tidak nak tidur sebilik,” kata Janna kepada mStar.

Pelakon drama Mist33ri Mona itu ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharunya White Fluffy di De.Wan 1958, Bu Chef Wan, The Linc Kuala Lumpur pada Rabu.

janna 3Janna enggan layan komen netizen di media sosial.

Sebelum ini, sebuah video yang dimuat naik Janna memperlihatkan dia gembira bercuti bersama kekasihnya itu di laman Instagram mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Segelintir netizen tertanya-tanya sama ada Janna dan Dini yang juga seorang aktor tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *