“Kami akan besarkan anak ikut cara Islam,” – PU Riz

“Kami akan besarkan anak yang bakal dilahirkan nanti secara bersederhana saja.”

Itu jawapan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz ketika ditanya bentuk didikan dan persiapan menyambut kelahiran bayi sulung hasil perkahwinannya bersama selebriti terkenal, Neelofa.

Menghitung hari untuk menimang cahaya mata pertama, Riz, 28, tidak menafikan anak yang bakal dilahirkan nanti akan turut terkena tempias populariti yang dimilikinya dan isteri.

“Tidak boleh cakap tak terkenal sangat sebab ibu bapanya dikenali.

“Kalau boleh tak mahulah terlalu popular, biarlah semuanya bersederhana,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Haris berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pelancaran perisa susu baharu Nilofa di Bayswater at KLCC semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Dalam pada itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu turut menekankan anaknya nanti akan dididik mengikut ajaran Islam dan tidak berlebih-lebihan.

“Jika berbicara tentang kemasyhuran, boleh jadi kebaikan dan keburukan.

“Dalam Islam, dipanggil sebagai wasatiyyah iaitu pertengahan atau sederhana.

“Kami berharap anak yang bakal lahir ini dapat membesar dan dididik dengan cara Islam,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya tentang persiapan menyambut kelahiran bayi sulung, Neelofa, 33, memberitahu dia mahu Haris berada disisi menemaninya ketika berada di wad bersalin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“Suami mesti menemani saya. Harap dia jangan lari ya,” ujar pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu.

Semalam, Kosmo! melaporkan Neelofa akhirnya membuka mulut memmaklumkan kini menghitung hari melahirkan bayi pertamanya.

Sejak Julai tahun lalu, namanya menjadi bualan ramai selepas didakwa hamil anak sulung namun Neelofa mahupun Haris kekal dengan pendirian enggan berkongsi mahupun mengesahkan perkara tersebut.

“Kami akan besarkan anak ikut cara Islam,” – PU Riz

Untuk rekod, pasangan berkenaan selamat mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Sumber: IG hrisbismail

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *