“Harga Syur Di Psar Pun Dh Naik..,” – Ammar Titan Kc3wa Produksi Tiada Etika Krja, Msih Dibyar Rndah.

KECEWA dengan cara bekerja sebuah produksi, pelakon Ammar Titan menganggap pihak tersebut tidak mengamalkan etika kerja sehingga menyusahkan pelakon yang terlibat.

Ammar atau nama penuhnya Azizul Ammar Abu Hassan, 35, berkata, dia kesal apabila produksi berkenaan gagal menyediakan maklumat terperinci berkaitan penggambaran yang bakal dijalankan.

“Saya hanya t3rkilan dengan etika kerja yang tidak diamalkan. Sebagai pelakon saya perlukan perkara asas seperti skrip, peranan dan pelakon lain yang terlibat supaya boleh buat research bagi menjayakan watak tersebut.

“Jika tegur di tempat yang berbeza mungkin orang tak ambil peduli. Saya gunakan media sosial sebagai pendekatan betul mewakili semua orang dalam industri.

“Kita dah masuk tahun 2022 dan mahu bergerak ke arah yang lebih baik.

ammar titan 2

Ammar t3rkilan dibayar rendah.

“Saya tak nak susahkan orang lain apabila masuk ke set penggambaran nanti dengan ilmu yang kosong,” ujarnya kepada mStar.

Selain itu, Amar berkata, dia juga tidak setuju soal bayaran ditawarkan segelintir produksi yang dianggap tidak setimpal.

Dia berpendapat, seorang pelakon harus dinilai berdasarkan pengalaman dan bukan mengikut harga ketika awal kemunculannya.

Harga sayur di pasaran pun sudah naik sekarang ini.

AMMAR TITAN

PELAKON

“Mereka masih expect untuk bayar dengan harga ketika saya bermula dahulu sekitar tahun 2011.

“Harga sayur di pasar pun sudah naik sekarang ini. Bayaran seorang pelakon itu harus dinilai mengikut pengalaman berada dalam industri,” ujar Ammar.

amar

Belajar dari orang berpengalaman dalam industri.

Dalam pada itu, Amar berharap teguran yang dibuat akan mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni pada masa akan datang.

Tambahnya, dia sentiasa mengingatkan diri supaya terus menjaga etika yang baik ketika bekerja.

“Industri kita kecil sahaja, pusing-pusing akan jumpa orang yang sama. Saya mahukan suasana yang harmoni dan seronok bekerja.

“Saya dididik oleh orang-orang yang berpengalaman dalam industri dan mereka sentiasa berpesan supaya menjaga etika kerja.

“Dengan begitu kita akan dapat lebih ruang untuk berkongsi bakat dan jayakan sesebuah karya. Syukur setakat ini cara kerja saya masih okey,” katanya.

Dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Pok Ya The Series bersama pelakon senior Eman Manan dan bakal muncul dalam drama 4 Abdul 1 Mohd bermula 24 Januari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *