“First Time Jumpa ‘Si Dia’..” (Video) Kongsi Detik2 Pertemuan Jodoh Yg ‘Dikenenkan’ Oleh Kawan Ibunya…- ‘Baru Gentleman’

Bercerita mengenai pasangan kekasih yang ingin melangkah ke arah yang lebih serius, pastinya detik pertemuan dengan ibu bapa belah perempuan merupakan detik mendebarkan bagi pihak lelaki. Apetah lagi, jika pasangan itu baru pertama kali berjumpa dan tidak pernah bercinta sebelum ini.

Tidak dinafikan, zaman sekarang sudah tidak banyak pasangan muda bersetuju dengan jodoh pilihan keluarga, namun masih ada segelintir yang reda dengan pilihan ibu bapa kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik buat anak-anak.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita ini menerusi akaun TikTok Alia Izzati, di memuat naik video mengenai detik pertama berjumpa dengan ‘si dia’.

“First time jumpa ‘si dia’..” (Video) kongsi detik2 pertemuan jodoh yg ‘dikenenkan’ oleh kawan ibunya…- ‘baru gentleman’ – Berita Hangat

Pemuda itu dilihat datang berseorangan untuk bertemu dengan keluarga perempuan untuk memperkenalkan dirinya. Jelas Alia lagi, bagaimana mereka boleh berkenalan adalah dia ‘dikenenkan’ oleh kawan daripada emaknya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warganet juga mengharapkan perkara yang sama dimana, terus jumpa jodoh dan terus berjumpa dengan keluarga.

“Saya suka cara macam ni..terus jumpa pasangan dan family..baru gentleman..salute bro..”

“Wehh nak jugak macam ni..jodoh datang ke akak yang cari..”

“Sama la sis kita..dulu pon first time jumpa suami dekat rumah..dia terus datang merisik..terus bincang tarikh tunang..padahal kenal baru dua minggu..”

Tidak dinafikan impian sesetengah wanita ingin bertemu jodoh dan terus berjumpa dengan keluarga agar dapat merasakan perhubungan lebih serius dan tidak membuang masa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: TikTok Aliaizzati410

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *