“Comel Gil4 Dia Layan Mak Dia..” (Video) Lakonan Aedy Ashraf Dan Ibu Jadi Tumpuan

Penangan lakonan Aedy Ashraf dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang sudahpun melabuhkan tirai baru-baru ini menyebabkan dia tidak henti-henti menjadi tumpuan buat peminat.

Selain drama Kisah Cinta Kita mendapat sambutan baik daripada penonton di kaca televisyen, Aedy Ashraf antara pelakon utama yang membuatkan ramai semakin meminatinya sekali gus mengundang dia sering tular di media sosial.

Sehinggakan pelbagai video juga tular yang membabitkan Aedy Ashraf. Ia membuktikan Aedy Ashraf berjaya menambat hati penonton dengan bakatnya sebagai seorang pelakon malah ibu Aedy Ashraf juga baru-baru ini turut sama menjadi tumpuan.

Aedy

Ini kerana, ramai peminat yang baru mengetahui bahawa ibu Aedy Ashraf juga merupakan seorang pelakon. Mana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi bukan, begitulah yang diperkatakan peminat Aedy Ashraf apabila lakonan ibunya, Liza Zain juga bukan calang-calang.

Pun begitu, terbaharu lakonan mereka bersama pula nampaknya kembali tular. Kecomelan Aedy Ashraf bersama ibunya dalam drama berjudul Aku Yang Kau Tinggalkan mendapat perhatian umum selepas dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

VIDEO:

“Comel Gil4 Dia Layan Mak Dia..” (Video) Lakonan Aedy Ashraf Dan Ibu Jadi Tumpuan

Aedy

Sumber: Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *