Berkain Pelikat & Selipar, Tok Ram Lalu Di Karpet Merah GV8 Tarik Perhatian Wargamaya – “Dia Jadi Diri Sendiri, Sempoi”

Juri tetap Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), Datuk Ramli MS mencuri perhatian ramai apabila tampil berkain pelikat di laluan karpet merah konsert akhir program tersebut yang akan berlangsung pada malam ini.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi momen Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram tersebut untuk tatapan umum.

Difahamkan momen tersebut diambil pada hari raptai penuh konsert tersebut yang diadakan pada hari Sabtu.

Berkain Pelikat & Selipar, Tok Ram Lalu Di Karpet Merah GV8 Tarik Perhatian Wargamaya – “Dia Jadi Diri Sendiri, Sempoi”

Pada perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, menunjukkan Tok Ram mengenakan kain pelikat bersama sehelai tshirt, berselipar sambil memegang sebuah beg lalu di atas karpet merah masuk ke pekarangan dewan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat aksi Tok Ram yang hadir ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan cukup santai.

Tidak kurang juga ramai yang memuji dan berpendapat Tok Ram seorang yang merendah diri dah tidak kisah dengan penampilannya.

@june Kitchen:Agaknya sebelum start program beliau pergi solat siap-siap tu.”

@asnee645:Sempoi Tok Ram berkain pelekat.”

@jue julie Julia:Baju tu sponsor dari Datin Alyah lah.”

@Tolero Lorenzo:Kain tu sama dengan kain aku. Hahaha. Tok Ram memang sempoi.”

@KNkiut:Tak pernah tak comel la Tok Ram ni.”

@Pelangi:Dia jadi diri dia sendiri. Terbaik Tok Ram.”

@?????:Sempoi pakai apa pun… yang penting poket lebat.”

@CikMisi:Ni kalau nampak dekat Nabil dengan Jihan mau kena Tokram ni.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga TikTok.

GV8 bersiaran secara langsung dari PICC selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *