Anzalna Perlu Masa Padam Foto Lama Di Media Sosial, Akui Berubah Bukan Sekelip Mata

SELEPAS tampil berhijab, pelakon Anzalna memberitahu dia perlu sedikit masa bagi memadamkan foto lama tidak menutup aur4t yang dimuat naik di laman sosial.

Menurut Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 34, dia terikat dengan beberapa kontrak sebelum ini yang memerlukan foto tersebut kekal dalam tempoh masa tertentu.

“Dalam usaha untuk berubah bukan senang nak berlaku dalam sekelip mata.

“Saya masih ada kontrak dengan beberapa produk dan akan padam gambar-gambar lama apabila rasa tidak perlu.

IMG_9743 2

Tampil dengan jenama Loveta untuk koleksi Loveta X Anzalna

“Apabila bertudung semua perkara kena jaga tetapi perlu perlahan-lahan berubah. Doakan saya agar istiqamah,” ujar Anzalna kepada mStar.

Anzalna ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaru Loveta X Anzalna di The Ruma Hotel and Residences, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Cuma saya bertudung bukan untuk jual diri

ANZALNA

PELAKON

Sementara itu, bercakap tentang tawaran jenama tudung, Anzalna berkata, dia ada menerima beberapa tawaran sebelum ini namun belum bersedia.

Kata Anzalna, matlamat utamanya menutup aurat bukan bertujuan mencari keuntungan.

“Banyak tawaran yang datang namun saya tidak menjawab kerana ketika itu belum bersedia.

“Bukan tolak rezeki. Siapa yang tak mahu duit? Cuma saya bertudung bukan untuk jual diri,” tegasnya.

anzalna
>

Bagaimanapun, Anzalna berkata, hatinya terbuka untuk bekerjasama dengan jenama Loveta dengan niat menyambung legasi yang ditinggalkan arw4h Siti Sarah.

“Ketika diberi tawaran, saya memang nervous. Betul ke mereka mahukan saya?

“Arw4h pernah menghubungi saya sebelum ini untuk kerjasama dengan jenama kosmetik Ratasya miliknya. Namun ketika itu saya masih ada kontrak dengan produk lain.

“Saya tidak meny3sal dengan keputusan yang diambil dan gembira bekerja dengan semua orang dalam pasukan ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *