Anak Perempuan Tunggal Pewaris Perniagaan Siti Sarah – “DekTa Akan Teruskan…”

Legasi perniagaan, Ratasya Empire Sdn Bhd yang ditinggalkan Siti Sarah Raissuddin, diteruskan oleh anak tunggal perempuan Allahyarh4mah, Dzakira Talita Zahra, 9.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire, Siti Fatimah Suberi ketika majlis pelancaran kempen Loveta X Anzalna yang diadakan di The Ruma Hotel & Residences pada Jumaat lalu.

“Talita akan menyambung legasi peniagaan ibunya memandangkan dia sendiri sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang fesyen dan perniagaan.

“Buat masa sekarang saya akan uruskan perniagaan ini sehinggalah DekTa (Talita) sudah betul-betul bersedia untuk menguruskannya dan mengambil alih.

“Kami juga sudah mempunyai perancangan untuk memperkenalkan tudung untuk kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitiri tidak lama lagi,” kata Siti Fatimah yang juga ibu tiri kepada Allahyrh4mah.

Bagaimanapun kata Siti Fatimah, Ratasya Empire akan memberi tumpuan kepada kempen Loveta X Anzalna yang baru sahaja bermula.

Mengulas mengenai pemilihan Anzalna, Siti Fatimah berkata Loveta menyambung hasrat Siti Sarah untuk menyunting pelakon tersebut.

“Allahy4rham sudah lama ingin bekerjasama dengan Anzalna dan kami teruskan hasrat dia. Alhamdulillah, Anzalna bersetuju untuk menjalin kerjasama.

“Terima kasih kepada Azalna kerana hubungan baik yang terjalin antara beliau dan arw4h Sarah sejak dahulu menjadi asbab beliau sudi memilih jenama Loveta dalam kempen kali ini,” katanya.

Menerusi kempen Loveta X Azalna, mereka memperkenalkan Anzalna Shawl yang juga merupakan shawl semi instant yang hadir dengan 11 koleksi warna.

Menariknya, produk kali ini dihasilkan mengikut citarasa pelakon berkenaan yang mahukan tudung mudah dipakai tetapi mempunyai kelas dan standard tersendiri.

“Kami berharap agar koleksi ini dapat memenuhi citarasa wanita bertudung di luar sana, terutama yang sukakan gaya ringkas dan cepat.

“Saya bersyukur kerana dapat menunaikan impian Siti Sarah sekarang. Dan hari ini adalah hari yang bermakna buat kami dan arw4h,” katanya terharu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *