Alhamdulillah… Ada Pminat Mula Brhijab Krana Tdung Fazura, Sronok Dpat Sokongan Arah Kbaikan

PELAKON jelita Nur Fazura memberitahu dia membuat keputusan berhijrah ke imej muslimah selepas beberapa tahun bertudung setiap kali bulan Ramadan.

Berkongsi perkara itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin berkata keputusan berhijab itu bukan disebabkan bimbang dengan persepsi orang terhadap dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Saya tak boleh menipu pada diri sendiri. Saya bukan bertudung hanya kerana takut apa persepsi orang pada saya.

“Sehingga kini, saya masih lagi berdoa agar mudah-mudahan apa yang dilakukan hanya kerana Allah SWT dan terus istiqamah dalam segala perkara,” katanya.

Fazura harap doa terus istiqamah.

Fazura ditemui ketika majlis An Evening With Fazura & Besties di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin ini melahirkan rasa syukur dengan penerimaan pelanggan terhadap tudung jenamanya.

Saya tidak mahu meninggalkan anak terlalu lama.

FAZURA

PELAKON

“Alhamdulillah… saya bersyukur kerana menerima maklum balas positif daripada pembeli.

“Malah, ada yang berhijab mula dengan minat pada tudung jenama keluaran saya. Syukur dengan perkongsian itu, kita saling menyokong satu sama lain ke arah kebaikan,” ujarnya.

Bercakap tentang kerjaya seninya, Fazura mengakui kini dia lebih memberi fokus kepada perniagaan berbanding kerjayanya sebagai pelakon dan juga penyanyi.

Fazura bersama anak dan suaminya.

Namun, ia bukan bermaksud dia mahu melupakan kedua-dua bidang berkenaan dan bersedia untuk menerima tawaran yang diberikan kepadanya jika bersesuaian.

“Memang ada skrip dan tawaran untuk saya. Tapi saya perlu sesuaikan denga jadual harian sebagai ibu kerana tidak mahu meninggalkan anak terlalu lama.

“Hendak berlakon saya tidak ada masalah kalau skrip dan waktu penggambaran dapat diserasikan. Tapi buat masa sekarang saya gembira berlakon untuk kempen tudung saya sahaja,” katanya.

Sumbe:mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *