Akhirnya Vicha Dedahkan Wajah Suami Yg Dikahwini 3 Tahun Lepas- “Encem Jugak, Tahniah”

Vicha (kiri) bersama suaminya, Johnson (kanan) ketika hadir majlis persandingan Syura dan suami, semalam. Foto dari Instagram Vicha.

.SEJAK mendedahkan dirinya telah berkahwin hampir tiga tahun pada dua minggu lepas, pelawak berasal dari Indonesia, Vicha akhirnya mendedahkan wajah suaminya yang dikenali sebagai Johnson.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman sebelum ini mendedahkan dia sudah bernikah dengan lelaki dari Nigeria itu pada 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide yang kini berusia dua tahun.

Vicha bersama anaknya.

Vicha berkata, dia membuat keputusan mendedahkan wajah suaminya setelah membuat ‘perjanjian’ dengan sahabat karibnya, Syura Badron untuk sama-sama mendedahkan wajah suami mereka apabila sudah bersedia.

“Saya dan Syura memang rapat dan kami pernah berjanji, kalau suatu hari nanti, Syura dah dedahkan wajah Farizat (suami Syura) kepada umum, saya akan dedahkan wajah suami saya.

“Jadi, semalam, ketika bergambar bersama pasangan pengantin baru itu, suami saya pun bersetuju untuk saya muat naik gambarnya ke Instagram pada hari ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Vicha, Johnson yang dipanggil ‘Daddy’ oleh rakan-rakannya adalah seorang yang pemalu untuk bergambar di hadapan kamera dan mereka jarang sekali bergambar bersama.

“Sepanjang tujuh tahun kami berkenalan sehinggalah sudah berumah tangga, boleh dikira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang diambil. Dia memang jenis pemalu untuk bergambar.

“Tapi, disebabkan saya bekerja di dalam industri hiburan, mahu atau tidak, dia perlu membiasakan dirinya. Gambar yang saya muat naik ke Instagram itu pun, dia yang pilih,” katanya.

.Sejak berita perkahwinannya tular, setiap hari Vicha menerima kiriman mesej daripada netizen yang meluahkan hasrat untuk melihat wajah suaminya.

“Hari-hari ada yang DM (mesej) dan beritahu, nak tengok suami saya. Saya beritahu mereka, Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan. Jadi, hari ini saya dah tunaikan permintaan mereka,” katanya.

Dalam Instagramnya, Vicha berkata, suaminya selalu mengelak untuk bergambar kerana dia bukan artis seperti isterinya.

“Tapi tak apa, ini kami belanja gambar buat kenang-kenangan, siapa tau kami ada rezeki nanti boleh juga buat majeis kawin macam yang kami impikan. Insya-Allah,” katanya.

Terbaharu, Vicha baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama terbitan Zeel Production.

Vichasebelum ini berkongsi karakter suaminya sehingga membuatkan dirinya jatuh hati.

“Keistimewaan Daddy (suami Vicha) adalah dia seorang yang bertanggungjawab, suka bagi nasihat jika ada buat kesilapan. Dia juga tidak nampak sebagai seorang romantik yang berlebihan tetapi kita boleh rasa yang dia sayang.

Tambah Vicha, suaminya yang juga merupakan seorang saudara baru (mualaf) sering membantunya ketika mengusahakan perniagaan bakso.

Vicha turut menzahirkan rasa syukur akan kurniaan Allah kerana hidupnya kembali sempurna dengan kehadiran suami, anak dan ibu mentua yang memahami.

Sumber: utusantv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *