[VIDEO] Hanis Zalikha ‘Belas4h’ Hairul Azreen, Sekali Ini Yg Netizen Perasan

Pasangan suami isteri yang juga pelakon dan usahawan ini sering sahaja mencvri perhatian ramai. Hanis Zalikha yang sudah lama tidak berlakon, dan Hairul Azreen pula cukup sinonim dengan watak-watak lasak darinya.

Malah anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah juga turut menerima perhatian ramai kerena kecomelan dan kebijaksanaan kedua-duanya. Bagaimanapun, kali ini video Hanis dan Hairul Azreen pula yang telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, dalam rakaman tersebut kelihatan Hanis Zalikha ‘belasah’ Hairul dengan gaya seperti mempertahankan diri. Dengan cara mudah, Hanis Zalikha mampu menumpaskan pihak lawan. Berikut adalah rakaman Hanis Zalikha ‘bel4sah’ Hairul dalam satu rakaman yang dimuat naik di TikTok dengan nama akaun hairul_azreen88:

VIDEO :

Wow, memang pantas dan cekap! Namun sifat simpati pada suami oleh Hanis Zalikha ini telah membuatkan rakaman ini lebih menjadi perhatian warganet. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 1.7 juta tontonan dan 136 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

KOMEN NETIZEN :

“Uih ini kalau terkepak betol2 boleh apply bantuan. Jangan buat hal”

“Tak pernah lagi nampak nak jatuhkan orang pegang kepala lawan sebab nak jaga kepala lawan”

“Boleh berlakon 2 2 ala cerita Mrs Smith dan Mr Smith ni. Nanti masukkan Bujibu, Yusuf dan Alisa…”

“Comel je masa Kak Nis usap kepala tu. Lembut je”

Bergelar pengarah, Hairul Azreen tidak kisah dikr1tik
PETALING JAYA – Bergelar pengarah buat kali pertama menerusi filem Ada Hantu, pelakon Hairul Azreen tidak kisah andai karyanya dikritik penonton.

Hairul yang berpengalaman lebih sedekad sebagai pelakon menyedari hakikat bahawa bukan semua orang suka dengan apa dilakukannya.

Sebelum filem Ada Hantu ditayangkan, Hairul terlebih dahulu dikritik kerana poster filem tersebut yang disuntingnya sendiri diklasifikasikan sebagai amatur dan kurang berkualiti.

“Sebenarnya apa sahaja yang kita buat pasti akan dikritik. Bagi saya kita jangan berhenti untuk buat yang terbaik. Jika mendengar cakap orang, saya tidak akan hasilkan satu filem pun.

“Saya tahu tidak semua orang suka dengan kerja kita, saya cuba lakukan yang terbaik untuk naikkan martabat filem Malaysia,” ujarnya yang ditemubual pada sidang akhbar secara virtual filem Ada Hantu
baru-baru ini.

Terkenal sebagai pelakon filem aksi antaranya menerusi Paskal dan Wira, keputusan Hairul untuk muncul dengan sebuah karya seram sebagai buah tangan pertamanya selaku pengarah agak mengejutkan peminatnya.

Namun, suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu mempunyai alasan tersendiri apabila memilih genre seram sebagai karya pertamanya.

“Semua orang tahu Malaysia dan Indonesia popular dengan kisah-kisah hantu. Jadi, cerita hantu memang cukup sinonim denga masyarakat kita. Oleh sebab itu, saya rasakan genre seram sangat sesuai untuk saya tampilkan pada tahun 2021.

“Walaupun sudah banyak cerita seram sebelum ini, saya boleh janjikan ada kelainan dengan filem Ada Hantu,” ujar Hairul yang turut berlakon sebagai Talha dalam filem tersebut.

Selain cabaran sebagai pengarah buat kali pertama, menurut Hairul perkara paling sukar adalah untuk meyakinkan Zahiril Adzim menerima tawaran lakonan filem Ada Hantu.

Selain terlalu kerap melakonkan filem bergenre seram, Zahiril juga terkenal sebagai pelakon yang memilih skrip.

“Bukan senang mahu Zahiril bersetuju untuk berlakon dalam filem ini. Dia tanya adakah saya tahu mengarah atau tidak? (ketawa).

“Apapun saya berterima kasih kepada semua barisan pelakon kerana meletakkan kepercayaan kepada saya. Saya sedar saya masih terlalu baru dalam bidang pengarahan,” kata Hairul tentang filem yang merupakan idea asal pengarah filem Paskal, Adrian Teh.

Filem Ada Hantu lakonan Hairul, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua itu telah mula ditayangkan secara eksklusif di platform Disney+ Hotstar bermula 13 Ogos.

Sumber : HCL via – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *