[VIDEO] Baru 3 Bulan Beli Guna Duit KWSP, Wanita Sedih Kereta ‘Total L0st’ “Sebelum Ni Pinjam Kete Orang”

Luluh jiwa, semuanya hilang dalam sekelip mata. Itulah perasaan yang dialami ramai m4ngsa b4njir di Selangor apabila melihat keadaan terkini selepas berdepan dengan banjir luar biasa yang melanda sejak Sabtu.

Bagi banyak keluarga di negeri ini, musibah itu bukan sekadar menghanyutkan peralatan rumah tetapi rumah yang didiami dan kenderaan yang dimiliki.

Lebih menyedihkan, apabila ada kalangan mereka hanya dapat melihat tapak rumah didiami, satu persatu bahagian dan barang rumah dihanyutkan ketika banjir.

Perkara berkenaan  dialami sendiri seorang wanita dikenali sebagai Nuarjan Sulaiman apabila dia dan suami telah mengumpul duit selama 8 tahun termasuklah menggunakan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli kereta jenis Perodua Bezza buat keluarga.

Menerusi YouTube SelangorTV, Nuarjan memaklumkan mereka hanya sempat menggunakan kereta hasil titik peluh bekerja selama tiga bulan sebelum kejadian banjir yang menyebabkan kereta mereka dibawa arus deras.

Sebelum ni pergi mana-mana pun pinjam orang…sedih, anak-anak pun baru seronok ada kereta

Jelasnya lagi, sebelum ini mereka cuma pinjam kereta ahli keluarga lain dan bergerak ke mana-mana guna motosikal suami saja. Namun memandangkan kejadian b4njir berlaku sekelip mata, Nuarjan Sulaiman lebih mengutamakan keselamatan keluarganya dan terpaksa duduk di atas siling selama 5 jam sebelum diselamatkan. Dia hanya mampu pasrah apabila keretanya yang ditemui 100 meter dari rumahnya itu mengalami ‘total l0st‘.

Video:

Komen Netizen:

“orang hebat akak ni,dalam ditimpa ujian besar macam ni dia boleh ketawa,semoga dimurahkan rezeki kak”.

“Terbayang riak2 keikhlasan pd beliau sewaktu bercerita. In Shaa Allah, setiap kesempitan dan kesusahan itu Allah akan ganti dgn yg lebih baik. Wallahu Taala A’lam..”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : safifkhun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *