“Sedihnya Hari Ini” – TMJ Titip Pesanan Kepada Pihak Yang Hanya Berlakon Bantu Mᾰngsa Bᾰnjir

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil bersuara terhadap isu bantuan yang diberikan kepada man.gsa ban.jir yang melanda negara baru-baru ini.

TMJ Pastikan Setiap Hari Ada Bantuan

Menerusi hantaran di Insta Stories, TMJ memberitahu setiap hari baginda akan memastikan terdapat bantuan atau sumbangan akan disalurkan buat mereka yang memerlukannya.

“Setiap hari pastikan ada bantuan/ sumbangan untuk bantu orang ramai. Sepanjang tahun. Tak Kisah banjir, pandemik atau tidak..

Hanya bantu rakyat sepanjang masa yang kita mampu. Ianya tugas dan tanggungjawab. Hanya selesaikan tugas, Tak perlu berlakon.”- kongsi TMJ

Dalam pada itu, TMJ turut menyifatkan situasi kini telah memperlihatkan segelintir pihak hanya ingin berlakon di hadapan umum dan tidak mementingkan jumlah bantuan yang disalurkan.

“Sedihnya hari ini bukan mengenai apa yang anda lakukan yang penting. Berapa ramai yang anda bantu atau seberapa kerap tidak lagi penting. Ia mengenai sejauh mana anda bagus berlakon.”-kongsi TMJ lagi

Minta Pihak Yang “Berlakon” Kembali Ke Hollywood

Dalam hantaran yang sama, TMJ turut mengucapkan syabas terhadap pihak yang ikhlas memberikan bantuan. Manakala, mereka yang hanya berlakon semata-mata baginda memberi kiasan untuk ‘kembali ke Hollywood’.

“Kepada yang ikhlas dan membantu genuinely syabas. Yang acting go back to Hollywood”-pesan TMJ

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *