Ratusan Pengguna Terperangkap di jalan karak, Fizo Omar Mohon Doa Orang Ramai

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar dan ratusan pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak terk4ndas di pertengahan jalan selepas berlaku kej4dian tanah rvntuh dan pokok tvmbang berhampiran Bentong, Pahang tengah malam tadi.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, yang kebetulan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah acara menerusi video perkongsiannya dalam Instagram memberitahu semua jenis kenderaan tidak dapat melalui lokasi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

“Tanah runtuh di Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur. Semua kereta stuck (sangkut) di sini, nak patah balik ke Karak pun tak boleh sebab b4njir dan air sudah mula melimpahi jalan.

“Sesiapa yang merancang untuk ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak, baik tangguhkan dahulu, tidak lepas,” kongsinya sekitar pukul 12 tengah malam tadi.

Menerusi hantaran lain, pelakon drama Rindu Awak Separuh Ny4wa itu turut memaklumkan, hingga pukul 3 pagi tadi, belum ada sebarang bantuan yang tiba ke lokasi kejadian.

“Belum ada sebarang bantuan tiba. Semua laluan terpvtus. Allahu tak terdaya kami nak bantu, ramai yang terk4ndas termasuk anak-anak kecil dan warga emas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

“Diharap mana-mana pihak dapat menghantar bantuan secepat mungkin. Doakan ya semua,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mendoakan keselamatan anak jati kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang itu dan semua pengguna jalan raya lain yang terlibat.

“Allahu Akbar! Moga baik-baik sahaja Fizo di sana. Jaga diri. Semoga bantuan cepat sampai. Semoga semua urusan dipermudahkan,” tulis pengikut.

Sumber:K ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *