Terima Sijil Pnghrgaan Adiwira Prihatin Musibᾰh, Abang Viva Anggap Berkat Doa Ibu Bapa Dan Orang Ramai

Selayaknya digelar sebagai hero, saudara Azwan Omar raih pujian ramai apabila sanggup mengambil cuti kece.masan demi menye.lamatkan mang.sa-mang.sa ban.jir di Lembah Klang dan Pahang.

Hanya berbekalkan RM50 di dalam poket, keprihatinan Azwan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Terbaru, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan sukacitanya menganugerahkan Abang Viva ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ di atas sumbangan dan komitmen yang sangat tinggi menyela.matkan orang awam ketika ban.jir.


Bersyukur dengan penghargaan tersebut, Abang Viva menerusi sebuah hantaran di TikTok menganggap ianya berkat doa ibu bapa dan orang ramai yang tidak henti-henti selama ini.

Baru lima jam dimuat naik, hantaran tersebut menerima hampir 800,000 tontonan dan ribuan komen. Warganet mengucapkan tahniah dan menyifatkan Azwan Omar selayaknya menerima sijil itu.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Ohmedia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *