Tayang Video ‘Humble’ Di Indonesia, Iqbal Dikec4m Lagi – “Selama Ni Awak Anak Raja Ya?”

Perkongsian usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli di Instagram sering mencuri perhatian netizen.

Terbaru, Iqbal yang kini berada di Indonesia berkongsi video menaiki tuk tuk, katanya, dia meletakkan kereta Mercedes di hotel dan hanya menaiki kenderaan awam tersebut.

Menurut Iqbal, dia berbuat demikian kerana mempelajari untuk menjadi seorang yang rendah diri.

“Saya rendah hati saja di Indonesia, betul kan? Lihat saja saya makan di tepi jalan. Mercedes saya parking di hotel sanggup naik bajaj (tuk tuk), tidak macam-macam.

“Ini saya belajar dari ramai orang, katanya ramai sayang kalau kita humble begini, mohon share untuk dijadikan teladan,” coretnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ada yang menulis komen sinis bertanya sama ada Iqbal tidak pernah melakukan semua itu.

Pada masa sama, ada juga netizen yang menyifatkan usahawan itu mahukan perhatian.

“Bila orang dah banyak duit sampai jadi gila, sanggup memalukan diri memperbodohkan diri untuk mendapatkan perhatian,” tulis seorang warganet.

“Betul-betul nak attention gi.la la dia ni,” tulis pengguna Instagram yang lain.

“Ya Allah, tak perlu kot nak menunjuk perlu ke cakap kereta Mercedes,” tulis seorang lagi netizen.

“Selama ni awak anak raja ya tak pernah buat semua tu,” soal netizen yang lain.

Dalam video berkenaan, Iqbal kelihatan memakai sut lengkap kemudian jaketnya ditanggalkan oleh seorang lelaki selain beg yang juga dipegang oleh lelaki sama sebelum menaiki tuk tuk.

Selain itu, video sama turut menunjukkan Iqbal makan di warung tepi jalan kemudian berseronok dengan warga tempatan.

Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia akan berada di Indonesia untuk satu tempoh panjang atas urusan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.


Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. Tq

Sumber: Gempak 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *