Sibuk Shooting, Jasmin Hamid Sambut Birthday Suami Di Lokasi Penggambaran – “Kami Tetap Bersyukur Dengan Rezeki Allah…”

Manis sungguh melihat perjalanan hidup pengantin baharu, pelakon Jasmin Hamid dan suaminya, Nazmir Abd Rahman yang mendirikan rumah tangga pada 19 November lalu.

Sejak bergelar pasangan suami isteri, pelbagai momen-momen indah dikongsikan oleh pelakon versatil itu menerusi laman sosial buat tatapan peminat.

Terbaharu, Jasmin berkongsi tentang sambutan kecil-kecilan hari jadi suaminya baru-baru ini yang terpaksa diadakan di lokasi penggambaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)


“12.12.21. Happy birthday Encik Sayang. Terima kasih Allah kerana masih pinjamkan suamiku buat ku.. Ini adalah tahun pertama sambut birthday sebagai seorang suami katanya.. Lain bebenor rasanya.

“Apapun keadaan, kami tetap bersyukur dengan rezeki Allah walaupun hanya mampu sambut di set shooting kerana tanggungjawab.

“Terima kasih pada teman-teman di set Cinta Amnesia. Terima kasih sutradara Heykal Hanafiah sebab tolong ambikkan gambar kami. Happy birthday juga pada Disember babies,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, kelihatan respons rakan artis, iaitu pelakon Zarina Zainuddin yang gembira dengan perkongsian berkenaan.

“Happy birthday Amir tahun lepas kita kat set sama-sama masa ni aku cakap aku doakan korang kawin,” tulisnya sambil di balas emoji tanda suka oleh Jasmin.

Terdahulu, Nazmir yang merupakan pembantu peribadi Jasmin selama lapan tahun melamar pelakon itu dengan memberi alasan untuk menjaga dirinya lebih daripada seorang pembantu peribadi artis.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. Tq

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *