“Siapa Nk Makan Semua Ni? Tk ada siapa, – Lelaki Ini Dedah Isu Lambakan Makanan Di PPS

Setakat petang ini, seramai lebih 70,000 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri. Menurut laporan Malaysiakini, Selangor dan Pahang terus mencatatkan jumlah peningkatan mangsa banjir.

Sejak dari hari pertama, ramai sukarelawan dan pasukan badan bukan kerajaan (NGO) turun padang untuk menyalurkan bantuan dari segi makanan, perubatan dan keperluan asas.

Namun, terdapat pula isu lambakan makanan di sesetengah PPS menyebabkan pembaziran berlaku. Baca perkongsian saudara Ishraaf Mazlan ini.

Siapa nak makan semua ni? Tak ada siapa. Tinggal tunggu basi, lepas tu buang. Banyak faktor penyumbang lambakan makanan.

– Tak buat survey. Beranggapan penghuni PPS semua lapar.

– Tak ada perbincangan dengan PIC/PKOB, datang-datang turunkan makanan lepas tu tinggal.

– Makanan datang serentak, terutama untuk makan tengahari.
tak nampak dalam. Kalau letak Lamb Chop pun susah nak laku sebab orang tak nampak.

– Akses keluar masuk dah tak ada halangan. Penghuni PPS dah boleh keluar beli makanan ikut kehendak tekak. Dah boleh order Food Panda jugak.

Menerusi satu hantaran di Facebook lelaki ini mendedahkan beberapa faktor menyebabkan berlakunya lambakan makanan di PPS.

Dia bersyukur ramai di antara rakyat Malaysia yang berlumba-lumba untuk menyumbang dan mencari pahala.

Namun, jika tidak cermat, bimbang ianya akan menjadi dosa apabila pembaziran berlaku. Kata lelaki ini, isu yang sama terjadi kepada kebanyakan PPS yang lain.

Disebabkan itu, dia mengambil jalan meronda ke kawasan perumahan mangsa banjir dan mengagihkannya kepada yang memerlukan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai dilihat berkongsi pengalaman yang sama. Ada yang mencadangkan agar makanan tidak dihantar ke PPS sebaliknya terus ke rumah penduduk di mana mereka sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.

Perkongsian penuh:

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Ohmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *