“Shuib Mng4jar Hrg4i Kbaikan Psangan ,Biar Rindu Ktika Psangan Sdah Tiada Nnti,…” – Daí Wan Tersent4k.

Meskipun sudah 4 bulan pemergiannya, namun pelawak Shuib masih lagi berkongsi tentang kenangan bersama Allahyarhamah Siti Sarah serta anak-anak. Bukan setakat meny3ntuh hati, malah ia turut memberi impak positif kepada masyarakat seperti yang dinyatakan dalam perkongsian oleh Da’i Wan baru-baru ini.

Suka lihat keperibadian Shuib sebagai suami yang baik & cipta banyak kenangan dengan isteri

Meskipun belum pernah bertemu depan mata apalagi bekerjasama dalam program industri hiburan, namun Da’i Wan akui sudah lama mengikuti perkembangan hidup pelawak serta usahawan tersebut. Antara faktor yang menarik perhatiannya adalah, keperibadian Shuib sebagai seorang suami yang baik dan banyak mencipta kenangan indah bersama Siti Sarah ketika masih hidup.

Bila kali terakhir kata ‘terima kasih’? Pernah tak kita kenang & hargai semua benda kecil yang pasangan buat selama ini?

Sejurus melihat posting tersebut, pendakwah bebas ini terdetik berkongsi mengenai kepentingan untuk suami isteri saling menghargai sekali gus mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila salah seorang pasangan dijemput Illahi, Da’i Wan akui ramai akan berasa menyesal kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih walaupun untuk sekecil-kecil perkara.

Shuib mengajar saya untuk lebih menghargai…Biar rindu ketika pasangan sudah tiada nanti, tak diiringi rasa kekesalan

Justeru itu, Da’i Wan akui perkongsian Shuib mengajar dirinya agar lebih menghargai pasangan sementara masih diberi waktu untuk bersama. Sekurang-kurangnya, perasaan rindu terhadap mereka yang bakal tiada nanti tidak disulami dengan kekesalan.

Sumber: IG shuibsepahtu & FB Da’i Wan ,https://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *