‘Saya Tak Guna Aset Kerajaan’ – Jovian Mandagie Jawab Dᾰkwaan Diselamatkan Daripada Banjir Naik Helikopter

Seperti umum mengetahui, sejak beberapa hari ini negara Malaysia berdepan benc4na banjir lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang. Berikutan daripada benc4na tersebut, ramai yang tersangkut di jalan raya kerana paras air banjir semakin meningkat.

Malah, ada lagi m4ngsa banjir yang terper4ngkap di bumbung rumah berjam lamanya sementara menunggu pasukan bantuan untuk menyelamatkan mereka.

‘Itu adalah fitn4h’

Namun di sebalik kesusahan yang dilalui rakyat, ada dalam kalangan netizen mempersoalkan dan mend4kwa bahawa menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie yang terk4ndas akibat banjir telah diselamatkan menaiki helikopter. Pereka fesyen terkenal itu bagaimanapun menafikan dirinya menggunakan helikopter milik kerajaan untuk kegunaan peribadi.

Isu helikopter, tak perlu dipanjangkan. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah ‘posing’ dan buat video serta bergambar sakan.

Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu. Saya tak guna aset kerajaan, Lillahi Taala. Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. Kalian nak m4ki h4mun saya silakan, tapi itu adalah fitn4h.

Tidak terhenti di situ, ada juga netizen yang mempertikaikan mengapa Jovian tidak menggunakan helikopter tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Namun, Jovian dengan tenang menjawab bahawa helikopter yang dinaikinya itu adalah helikopter komersial jadi pintu tersebut tidak boleh dibuka untuk menurunkan bantuan atau membantu menaikkan m4ngsa yang terk4ndas akibat b4njir.

Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena viral di Twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang dan ikhlas!

‘Kalau tak suka, unfollow je’

Menurut Jovian lagi, jika kehadirannya menimbulkan rasa kurang senang kepada segelintir pihak, dia berharap individu terbabit boleh berhenti mengikuti perkembangannya di media sosial.

Kalau you tak suka saya, unfollow saja. Please do better to help the nation than just bashing what is not right about me. Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan untuk membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak sertai turun padang agihkan makanan ‘roger’ saya.

Difahamkan sebelum ini, Jovian Mandagie ada memuat naik paparan Waze berada di Shah Alam dan mengatakan agak mustahil baginya untuk pulang ke rumah disebabkan jalan ses4k akib4t b4njir. Malah, dia juga meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak tercinta.

Tidak lama selepas itu, Jovian sekali lagi memuat naik satu gambar memaparkan pemandangan dari atas kawasan banjir melalui helikopter kemudian berkongsikan gambar dirinya bersama anak tersayang dengan kapsyen ‘home sweet home’. Hal tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Sumber: Jovian Mandagie via OHBULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *