Punya La Hebat, Nama Abang Viva Disebut Dalam Doa Kat Masjid Negara- “Orang2 camni lah yg kita kena doakan pd setiap solat Jumaat”

Nama pemuda berhati murni, Azwan Omar atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ terus mendapat tempat di hati warganet sejak beberapa hari lalu sekali gus masih trending di laman Twitter.

Terbaharu, seorang individu @rafiquemuzhaffa memaklumkan khutbah Jumaat hari ini turut menitipkan doa buat pemuda berusia 29 tahun itu selepas misi bantuan banjir dilakukannya tular di media sosial.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan imam masjid mana yang membacakan doa tersebut. Malah, ada juga individu mendakwa sifat kebaikan Azwan disebut-sebut di beberapa lokasi masjid antaranya di Masjid Negara.

“Masa khutbah, imam baca doa untuk Azwan Omar, abang Viva. ‘Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja’.

“Jemaah satu masjid doakan untuk dia, mungkin satu Kuala Lumpur kalau khutbah dan doa diseragamkan,” tulis @rafiquemuzhaffa.

Disebut dalam doa kat Masjid Negara…

Nama dia disebut di beberapa tempat?

Sementara itu, seorang lagi individu @ushardaniele memuat naik satu ciapan meminta orang ramai sekiranya terdapat nombor telefon bagi menghubungi Azwan kerana mendakwa pihak Perodua mencari pemuda berkenaan.

Perlukan ‘contact’ dia dengan segera!

Terdahulu, kisah Azwan dikagumi ramai apabila sanggup mengambil cuti kerja dan berbekalan RM50 sebelum membawa bot menggunakan kereta Perodua Viva bagi menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Shah Alam.

Difahamkan, dia yang bekerja sebagai operator mesin kini berada di sekitar Pahang pula yang turut terjejas akibat bencana banjir sekali gus berganding bahu dengan orang ramai dalam menghulurkan bantuan.

Sumber: Twitter / ohmymedia.cc

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: liveconnection24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *