PU Riz ‘Belanja’ Lagu Hazama, Netizen Puji Memang Berbakat – “Biasanya Orng Pandai Mengaji Bleh Menyanyi”

Pendakwah bebas PU Riz mencuri perhatian wargamaya apabila mendendangkan sebuah lagu popular nyanyian Hazama, Relakan Jiwa.

Menerusi laman sosial Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, 26, berkongsi sedutan video nyanyiannya untuk tatapan umum.

“Lepas ke tidak. Rasanya semua orang pun buat benda sama,” tulis Haris di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, Haris dilihat menyanyi dengan penuh mendayu di dalam kawasan tempat parkir kenderaan.

Lebih menghiburkan, Haris turut meminta tiga orang rakan selebriti Sufian Suhaimi, Fahimi Rahmat dan Firdaus Rahmat untuk menilai suara nyanyiannya.

 

View this post on Instagram


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya mula mengusik suami kepada pengacara Neelofa ini untuk merakamkan album kerana suaranya yang agak sedap didengar.

“Biasanya orang yang pandai mengaji berlagu boleh menyanyi,” ujar seorang wargamaya.

“Best ustaz ni. Such a gifted talent. Boleh melawak, menyanyi semua,” komen seorang wargamaya.

“Boleh buat album single dah lepas ni,” usik seorang wargamaya.

“Tempat lif pun boleh menyanyi ustazboss. Masyallah,” tulis seorang wargamaya.

“Calon GV9 ke Gema GV 2022?” tanya seorang wargamaya.

“Kepada i terbayang kak Lofa tengah berdekah bila i tengok video ni,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 130,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Haris dan Neelofa disatukan dalam ikatan suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *