“Masya-Allah Pergi Ke Mekah Nak Beribadat Bukan Untuk ‘Main’! – Uqasha Senrose

Umum tahu, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah pada hujung bulan ini.

Terbaru, Uqasha, 29, dilihat meluahkan rasa terki.lan dengan tangga.pan segelintir pihak yang tergamak berfikiran ‘ko.tor’ dengan keputusan dia untuk membawa Kamal yang baru pertama kali ke tanah suci.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata keputusannya untuk menunaikan umrah adalah untuk beribadah bukan ‘berseronok’ seperti yang difikirkan.

Masya-Allah ada juga manusia mentaliti macam ini. Saya ke umrah dah tiga kali.

Saya lalui proses kursus untuk ke umrah bukan main pergi nak berjalan. Orang nak beribadat bukan ke sana nak ‘main’ cantik sungguh bahasa masya-Allah.

Tambah anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini, dia bukan sahaja pergi berdua tetapi bersama agensi umrah dan juga ahli keluarga termasuk aktres Nelydia Senrose.

Kecewa dengan skeptikal tersebut, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad menyatakan perkara yang sepatutnya dilakukan adalah mendoakan pemergian mereka ke sana dipermudahkan Allah.

Kalau nak berbulan madu, baik orang pilih tempat lain! Saya pergi dengan agensi dengan ustaz.

Saya pergi bukan ha­nya dengan suami sahaja, adik-beradik seperti Nelydia Senrose juga ikut. Sepatutnya doa yang baik-baik atau kirim doa. Allahuakbar.

Sebelum ini, menerusi Instagram Stories, Uqasha memuat naik tangkapan skrin sebuah akaun parodi di Twitter yang mengingatkan pengantin baharu ini untuk lebih berhati-hati ketika berada di sana bagi mengelakkan dikenakan dam (denda).

Pilih lokasi bulan madu di Tanah Suci, netizen gusar Uqasha tak ta.han go.daan Kamal Adli, terla.jak laku muka.dimah persetu.buhan dengan suami.

Hati-hati Uqasha. Jangan sampai kena bayar dam sebab terlajak mesra waktu tunaikan umrah.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mendedahkan mereka sudah berkahwin pada 5 November lalu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Instagram @uqashasenrose2 oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *