Gelagat Kucing Jaga Kaunter Raih Perhatian, “Dia Cuak Tu…”

Memandangkan sekarang ini pelbagai kelonggaran telah diberikan, tentunya ramai yang mengambil peluang ini untuk keluar bercuti bersama rakan-rakan dan keluarga. Baru-baru ini pula, wanita ini berkongsikan gelagat seekor kucing yang ditemuinya semasa dia ingin membeli tiket bas.

Bukan sahaja kelihatan melucukan malah netizen juga turut sama ‘geram’ melihat kecomelan kucing itu yang seperti sedang menjaga kaunter tersebut. Video tersebut juga tular dikongsikan di mana rata-rata netizen turut sama berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang berada di sebuah kaunter menjual tiket di situ. Menurut pemilik video, mereka berada di situ pada awal pagi dan terkejut melihat kemunculan seekor kucing yang seperti sedang bekerja.

Dia kemudiannya menghampiri kucing tersebut dan bertanyakan tentang tiket yang ingin dibelinya. Sebaik sahaja melihat kedatangan gadis itu, kucing tersebut turut kelihatan cuak sambil memandang kawasan sekelilingnya.

gelagat kucing

Lebih melucukan, kucing itu siap mengeluarkan kepalanya dari lubang kaunter tersebut sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Ditambah pula dengan reaksinya yang seperti sedang mencari pekerja lain yang masih belum sampai.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat spontan dari kucing itu. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu berasa cuak memandangkan bas masih lagi belum tiba di stesen tersebut.

“Kena viralkan ni sebab tak layan customer.”

kucing

“Dia cuak tu. Bas tak sampai sampai lagi.”

kaunter

“Tak mesra customer langsung lah dia ni.”

komen

“Tiket habis dia cakap. Pepandai lah balik ye.”

tik tok

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen & like. Tq

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *