Pakai Purdah Tapi Lukis Kening? Pnjelasan Ustazah Asma Harun Buat Kaum Hawa Sedar

Pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun baru-baru ini bangkitkan isu yang sering dipandang remeh oleh kaum hawa, iaitu mengenai pemakaian purdah atau niqab sambil melukis kening di Instagram.

Jelaskan Tujuan Memakai Purdah

Menerusi perkongsian Ustazah Asma Harun di media sosialnya, pendakwah ini menjelaskan bahawa tujuan memakai niqab yang sebenarnya adalah untuk tidak menarik perhatian manusia.

“Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian, tetapi lagi menarik perhatian kerana mata tu adalah tarikan..

Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, lelaki ataupun perempuan.” Ujarnya

Har4m Melukis Kening

Ustazah Asma juga menjelaskan hukum melukis kening bagi wanita tidak kiralah berpurdah atau tidak, hukumnya adalah ha.ram. Pendakwah ini berkongsi kisah ketika di Mekah, di mana terdapat jemaah wanita ditegur oleh petugas Masjidil Haram kerana memakai celak.

“Kamu tahu tak hukum kamu pakai celak? Its ha.ram, I’m sorry ukhti. Its ha.ram. Kamu boleh pakai depan suami di rumah.” Kongsinya

Dalam perkongsian pendakwah tersebut menjelaskan, wanita yang ingin memakai celak dan melukis kening boleh dipakai hanya untuk suami di rumah.

Selain itu, ustazah Asma juga menerangkan wanita yang melukis kening kerana mempunyai masalah kesihatan ianya dibolehkan kerana bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi kerana sa.kit.

Kaum Hawa Terima Teguran

Perkongsian dari pendakwah terkenal ini membuatkan kaum wanita terkedu dan sedar dengan khilaf yang dilakukan. Rata-rata ramai menerima teguran dan ilmu yang disampaikan dengan hati terbuka dan berkongsi komen di ruangan komen posting Instagram tersebut.

Foto – Instagram @ustazahasmaharun

“Masyaallah terima kasih ustazah atas teguran.”

“Allahuakbar…. Subhanallah.. Terima kasih ustazah atas perkongsian ilmu ini.”

“Betul dan setuju sangat ustazah.. Alhamdulillah, semoga Allah pelihara kita dari bertabaruj.”

“Saya ingat cukur sahaja yang ha.ram.. Saya tak tahu lukis kening tu juga ha.ram ja.hil nya saya.. Mulai harini saya tak akan lukis kening lagi. Moga kita semua dirahmatiNya.”

“Terima kasih ustazah.”

“Mashaalah cantik peringatan untuk kita semua. Semoga kita semua menjadi muslimah yang solehah yang sentiasa dalam rahmat Allah yang mewarisi syurga firdausi. Amiin YRA.” Komen mereka

Semoga perkongsian dari Ustazah Asma Harun ini menjadi peringatan buat semua kaum hawa.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *