Oyen Tersangkut Di Lubang Penutup Longkang, “Dia Buat Muka Kesian Pulak Tu”

Si comel seperti kucing ini memang menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Kehadiran mereka ini memberikan keceriaan kepada pemilik haiwan tersebut. Bukan sahaja kerana ia comel dan gebu, malah kucing juga sejenis yang mudah dijaga dan tidak banyak ragamnya.

Selain dari itu ada juga sebahagian haiwan ini juga sejenis sukakan perhatian dari tuannya dan manja membuatkan ia antara disayangi oleh pemiliknya. Bagaimanapun satu video yang mempaparkan seekor kucing berbulu oren atau ramai yang mengelarkannya dengan nama Si Oyen ini telah mencuri perhatian ramai.

Seperti biasa nama pun Si Oyen, kalau tak buat hal memang tidak sah. Kali ini Si Oyen tersangkut di lubang penutup longkang pula telah meraih perhatian warganet. Dalam video itu hanya nampak kepala sahaja di bahagian atas penutup longkang ini. Berikut adalah rakaman Oyen tersangkut di lubang penutup longkang yang dikongsikan ini:

Perkongsian rakaman Oyen tersangkut di lubang penutup longkang yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun syedkhairul769 ini telah meraih lebih 2.8 juta tontonan dan 210 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Oyen2…Asyik2 engkau apa takda kucing lain ke. Ingat dia dah kuyus la tu. Kena diet lagi ni Yen”

Oyen Tersangkut Di Lubang 4

“Muka gangser tapi sangkut. Buat hal lar”

Oyen Tersangkut Di Lubang 3

“Dia buat muka kesian pulak tu”

Oyen Tersangkut Di Lubang 2

“Dia dua ja dalam Malaysia ni tak Oyen mesti Myvi”

Oyen Tersangkut Di Lubang 1

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen baik baik sahaja. TQ

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *