“Niat Saya Nk Kembali Ke Makkah Bersama Suami” – Kamal Adli & Uqasha Senrose Mahu Tunai Umrah

Pelakon Uqasha Senrose dan suami aktor Kamal Adli merancang untuk pergi menunaikan ibadah umrah pada hujung Disember ini sebagai tanda memanjatkan kesyukuran.

Ditanya mengenai perancangan bulan madu, mereka masih belum sebarang keputusan untuk destinasi percutian tetapi memilih Tanah Suci Makkah sebagai pra-bulan madu.

“Kami rancang mahu mengerjakan umrah pada 23 Disember ini bersama-sama kerana ia juga menjadi impian saya selepas berniat untuk kembali lagi ke Makkah dengan suami pula.

“Ketika umrah untuk kali kedua dulu, Kamal dan saya masih dalam proses mengenali hati budi. Jadi saya doa, kalau ada jodoh kami, permudahkanlah dan mahu ke Makkah lagi.

“Jika jodoh panjang, saya mahu kembali semula ke sana bersama pasangan (suami). Insya-Allah, Kamal pun belum pernah ke Makkah dan saya mahu jadi orang pertama membawanya ke Tanah Suci,” katanya ketika ditemubual.

Uqasha dan Kamal ditemui pada majlis jemputan khas program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ bertempat di restoran De.Wan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga turut mengesahkan hak penyiaran eksklusif untuk membuat liputan khas pada hari bahagia mereka telah diberikan kepada pihak Astro Ria di saluran 104.

Menurut Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Ria, pihak Astro amat berbesar hati menjadi satu-satunya penyiar rasmi bagi detik bersejarah mereka.

Detik bersejarah penyatuan Kamal dan Uqasha bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam.

Pada majlis semalam juga, Kamal dan Uqasha mengumumkan mereka sudah mendirikan rumah tangga pada 5 November yang lalu.

Dalam majlis romantis bertemakan dalam taman, Kamal, 35, sah bergelar suami kepada Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dengan dua kali lafaz tepat jam 9.39 pagi.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan RM22.50 sebagai mas kahwin.

Momen indah tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Selain itu, sebarang berita terkini mengenai liputan majlis tersebut juga boleh diikuti di portal Gempak dan tanda pagar rasmi #KamalXUqasha.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber : Gempak 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *