Netizen Terharu Pengantin Batalkn Majlis Kahwin, Lauk Kenduri Diagihkan Kepada Mᾰngsa Banjir

Netizen Terharu Pengantin Batalkan Majlis Kahwin, Lauk Kenduri Diagihkan Kepada Mangsa Banjir.

Hujan yang berterusan sejak Jumaat lalu telah mengakibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang telah dinaiki air dan setakat ini usaha menyelamatkan mang.sa banjir masih diteruskan.

Klang dan Sepang merupakan dua daerah paling teruk terjejas banjir di negeri Selangor. Susulan itu, netizen di media sosial mula melancarkan tanda pagar #DaruratBanjir bagi menyampaikan maklumat berkenaan bencana ini supaya bantuan dapat diberikan dengan segera.

Banjir yang melanda ini juga turut membuatkan banyak aktiviti tergendala. Antara yang terkesan bagi mereka yang sudah merancang mengadakan majlis perkahwinan namun terpaksa dibatalkan atas perkara yang tidak boleh dielakkan.

Bukan Lagi Banjir Kilat, Tapi Menyamai Situasi Banjir Besar 2014 Di Pantai Timur – Pakar Meteorologi 3
Sumber: Kosmo

Tular di media sosial sebuah video TikTok yang memaparkan majlis persandingan pengantin di Meru, Klang terpaksa dibatalkan berikutan tempat majlis itu dijadikan sebagai pusat penempatan mangsa banjir.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila pihak pengantin mengambil inisiatif dengan mengagihkan menu yang ditempah katering kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.

Difahamkan, jemputan pengantin pada awalnya seramai seribu tetapi dikurangkan kepada 300 orang namun disebabkan terkandas di situ maka makanan diagihkan kepada mangsa banjir.

Menerusi video TikTok terbabit, dikatakan pengantin bersama-sama menolong mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan di situ.

Usaha murni daripada pihak pengantin itu mendapat pujian ramai dan dalam masa yang sama turut mendoakan kebahagian pasangan pengantin dan kurniaan rezeki.“Pasangan ini memulakan sesuatu yang membuka jalan keberkatan besar buat rumahtangga mereka kelak..takbir!”

“The most memorable wedding of the year.”
“Disebalik dugaan …Allah limpah rezeki pahala buat pengantin …Alhamdulilah”

“Ya Allah.. Lebih besar pahala jika sedekah ketika amat diperlukan.. Tahniah pengantin Dan keluarga… Allah pilih hambanya yang bertuah untuk berbuat baik.”

Sekadar perkongsian. Tq

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *