Mydin Rugi Lebih RM5 Juta Akibat Banjir Tapi Halalkan Mᾰngsa Banjir Pecᾰh Masuk Ambil Barang

Keadaan banjir yang me.lan.da negara pada tahun ini dilihat agak ke.lam kabut dan ramai yang terjejas serta mengalami keru.gian. Keadaan ini dilihat teruk apabila ada mang.sa yang sanggup meme.cah masuk beberapa kedai runcit termasuk Mudin Mart untuk mendapatkan bekalan makanan.

Antara cawangan Mydin yang terlibat adalah di Taman Sri Muda Shah Alam dan mang.sa dikatakan terpaksa melakukan perkara itu kerana bantuan lambat tiba.

Mydin halalkan barang yang diambil mang.sa

Pihak Mydin yang menyedari apa yang berlaku ke atas cawangan mereka bagaimanapun menghalalkan barangan keperluan yang diambil oleh mang.sa. Ini dapat dilihat dalam satu kenyataan rasmi dari Mydin.

Semua berkait antara satu sama lain. Gangguan bekalan ini bukan saja di Selangor tetapi operasi MYDIN di seluruh negara.

Saya tidak menyokong tindakan itu tetapi ia sudah berlaku dan saya menghalalkan segala barangan yang diambil jika niat mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dan terde.sak aki.bat bantuan yang lewat tiba. – Kata Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.

Mydin turut mengalami keru.gian lain aki.bat banjir

Memetik laporan Berita Harian, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) yang mempunyai lebih 66 cawangan pasar raya di seluruh negara turut terjejas dengan banjir di beberapa cawangan mereka. Keru.gian turut dianggarkan melebihi RM5 juta dan itu tidak termasuk kos baik pulih.

Keru.gian yang berlaku disebabkan banjir adalah sudah pasti, tetapi keru.gian ke hadapan itu kita tidak dapat nilaikan lagi. Cawangan MYDIN yang dinaiki air perlu dilaksanakan proses pemulihan dan sudah pasti akan terdapat kos di situ. Ibarat kita perlu membuka semula kedai yang baru.

Ia akan mengambil masa dalam tempoh tiga bulan dan sepanjang tempoh itu kos operasi masih berjalan seperti bayaran gaji pekerja, utiliti dan sewaan. – Katanya.

Apapun kita harapkan agar bencana banjir ini selesai dan semua dapat kembali seperti biasa.

Sumber: Ohmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *