Mula² sya cuma brgurau je, tpi… – Istri Kpd Plakon Gerak Khas Undercover Raja Afiq Dapat Kejutan

ANGGOTA po.lis yang pernah viral, Soffwany Yusoff tidak menyangka gura.uan.nya kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam untuk berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas Undercover akhirnya menjadi kenyataan.

Isteri kepada pelakon Raja Afiq ini berkata, dia yang selalu mengikuti suaminya ke set penggambaran drama tersebut juga ter.kejut ditawarkan watak besar iaitu Detektif Wani.

“Saya ambil cuti panjang dan pada waktu itu banyak teman suami ke set penggambaran Gerak Khas Undercover. Mula-mula saya ber.gurau je dengan Datuk Yusof Haslam.

Screen Shot 2021-12-16 at 9.59.31 PM

Soffwany gementar pertama kali masuk set penggambaran.

“Saya cakap pada dia kalau ada extra boleh tak saya nak masuk? Lepas tu Datuk macam impress, dia kata… lah, kau minat berlakon ke? Kenapa tak bagi tahu awal?

“Saya fikir dia ber.gurau je, selang beberapa hari pihak produksi telefon suami dan beritahu suruh saya bawa uniform po.lis dan gambar passport.

“Ingatkan dapat watak kecil-kecil sahaja, sekali masuk jadi watak po.lis Detektif Wani,” katanya kepada mStar.

Sebenarnya saya masih dalam tempoh bercuti panjang, memang tak ganggu tugas.

SOFFWANY YUSOFF

PENYANYI

Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 32, yang pernah viral gara-gara ber.suara mer.du ini mengakui agak gementar ketika pertama kali berada di set penggambaran.

Lebih-lebih lagi, dia perlu bergandingan dengan suami dan pelakon-pelakon hebat lain yang lebih berpengalaman.

“Rasa gementar dan gembira semuanya ada sebab drama Gerak Khas sudah dikenali ramai. Suami pula dah profesional dan saya ni baru nak berjinak dalam bidang lakonan.

“Selalu dekat rumah kita macam kawan-kawan, tetapi dalam drama ini watak kami bercinta. Tetap rasa ma.lu-ma.lu bila dalam skrip ada ayat men.gorat, padahal dah jadi suami isteri,” katanya.

119938013_2756388314630435_4118767442904892946_n

Pasangan ini digandingkan bersama drama Gerak Khas Undercover.

Sementara itu, Soffwany memberitahu sesi pengammbaran drama itu tidak mengganggu kerjayanya sebagai salah seorang anggota Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebenarnya saya masih dalam tempoh bercuti panjang, memang tak ganggu tugas. Sebab cerita ini tentang po.lis juga, jadi tidak mengapalah.

“Kalau cerita lain mungkin agak susah sedikit,” ujarnya.

Untuk rekod, penyanyi Nafas Cinta ini juga merupakan salah seorang bekas peserta program realiti Suara Vi.ral 2020.

Soffwany mendirikan rumah tangga dengan Raja Afiq, 27, pada 19 September tahun lalu di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *