Bidᾰs Fitnᾰh Jᾰhat, Suᾰmi Nora Ariffin Tmpil Bυka Mυlυt! “Mogᾰ Allᾰh beri balᾰsan”

TUDUHAN kononnya penyanyi Datuk Nora Ariffin merahsiakan perkahwinan sejak dua tahun lalu dan memaksa suami menceraikan isteri pertamanya merupakan satu fitnah berniat jahat.

Suami kepada Nora iaitu Dr Rushdi Ramli, 55, berkata tuduhan yang tular di media sosial itu telah mencemarkan nama baik dan perkahwinan mereka.

Justeru itu, Rushdi memohon doa supaya individu yang membuat tuduhan berkenaan menerima hukuman atas perbuatan tidak bermoral itu.

“Bismillahirahmanirahim… saya bernama Rushdi Bin Ramli secara jujur dan ikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang diviralkan saat ini bertujuan mencemarkan nama baik perkahwinan saya dan Datuk Nora Ariffin.

“Ia adalah suatu fitnah, tohmahan berniat jahat dan buruk.

Suami Nora tampil membuat penjelasan berhubung isu viral membabitkan perkahwinan mereka.

“Allahuakbar semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami,” katanya menerusi rakaman suara yang dihantar pada Ahad.

Menerusi laporan sebuah portal pada pagi Ahad, Nora didakwa

menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah hampir dua tahun.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan status suaminya itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengan Nora.

Selepas isu ini menjadi perbualan hangat netizen, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu.

Kata Nora, segala tohmahan yang dilemparkan itu merupakan satu fitnah yang tidak benar sama sekali.

 

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: SitiAafiyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *