Lvmpuh Angk4ra B0yfriend, Gadis Ded4h Si Ibu Persoal Jadi Cac4t Waktu Melawat

Beberapa tahun yang lalu, seorang remaja perempuan disahkan lumpuh separuh badan setelah terlibat dalam sebuah nahas jalan raya bersama teman lelakinya. Kejadian tersebut berlaku disebabkan kecuaian pemuda itu sendiri yang memandu setelah ‘lalok’ mengambil minuman keras.

Dalam keadaan masih terlantar, ditinggalkan teman lelaki…Dah tampil kemukakan dakwaan

Walau bagaimanapun, Edelenyi Laura Anna malah ditinggalkan oleh teman lelakinya Gaga Muhammad meskipun masih terlantar. Gara-gara pemuda tersebut enggan bertanggungjawab atas kejadian itu, gadis berkenaan telah tampil kemukakan dakwaan dan menuntut haknya di mahkamah baru-baru ini.

Dia datang dengan senyum-senyum jenguk orang…Eh Laura dah memang macam orang cacat

Terbaru Laura telah dijemput untuk ditemubual dalam satu podcast bersama YouTuber terkenal, Daddy Corbuzier. Menerusi rakaman tersebut, gadis yang masih berkerusi roda itu mendedahkan satu pengalaman pahit sewaktu menerima kunjungan daripada ibu Gaga kali pertama selepas ditimpa nahas pilu terbabit. Apa yang menyedihkan adalah, wanita berkenaan seakan memandang rendah kerana tergamak menyebut tentang kecacatan remaja itu tanpa rasa bersalah.


Patutlah anaknya begitu, mak pun tak betul sangat…Padahal Laura jadi macam tu sebab anak dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup geram mendengar kisah daripada mulut Laura sendiri. Dalam pada itu, mereka juga risau dengan masa depan gadis tersebut yang masih muda dan panjang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:TikTok Deddy Corbuzierlookaatme.idkilasinfo & Youtube Deddy Corbuzier

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *