“Kenapa Lan tak ade..” Lan Pet Pet Tiada Dalam Filem Terbaharu Senario?. Ini Penjelasan Aziz M Osman

Baru-baru ini, netizen akhirnya dapat menarik nafas lega selepas kumpulan pelawak, Senario bakal hadir dalam sebuah filem terbaharu yang diarahkan oleh pengarah, Aziz M. Osman berjudul ‘Jaga-Jaga Senariounion’.

Karya tersebut merupakan hasil terbitan Botak Production Management Sdn Bhd yang bakal menampilkan semua anggota Senario termasuklah ahli-ahli terdahulu.

Ia juga semakin mendapat perhatian selepas Azlee Senario telah memuat naik sekeping gambar mengenai proses pembikinan filem berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azlee Senario (@azleesenario)

Sejak dari itu, orang ramai mula tidak sabar untuk menantikan filem tersebut selepas sekian lama kumpulan itu tidak muncul dalam layar perak.

Jaga-jaga Senariounion tanpa kelibat Lan Pet Pet? Ini penjelasan Aziz M Osman

Sumber: Harian Metro

Bagaimanapun, muncul pula perkhabaran tidak enak selepas salah seorang ahli Senario, Lan Pet Pet tidak melib.atkan diri dalam filem tersebut.

Berhubung dengan perkara itu, pengarah terkenal, Aziz M Osman telah tampil mengesahkan perkara berkenaan, namun mempunyai sebab-sebab tertentu.

Kata Aziz, pihaknya telah berusaha menghubungi pelawak itu berulang kali, namun tiada sebarang re.spon dan difahamkan dia mempunyai komit.men yang lain.

Kami semua sudah menghubungi Lan. Kita tahu apabila Lan mempunyai komitmen lain dan kami fahamlah.

Sumber: Harian Metro

Tambahnya lagi, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Bin Ahmad pada awalnya telah bersetuju untuk berkerjasama selain sempat mempromosikan filem tersebut.

Sehingga saat ini, walaupun dua, tiga hari lepas sebelum kami nak selesai penggambaran, kami tetap telefon Lan untuk sekurang-kurangnya ada satu dua babak untuknya.

Namun, kami faham bukan dia tolak atau tak terima tapi dia ada komitmen lain.

Sekadar info, Lan sebelum ini sudah beralih kerjaya sebagai pembantu peguam di syarikat guaman Aswandi Hashim & Co milik Datuk Dr Aswandi Hashim.

Walaupun gagal dihubungi, Aziz sehingga saat akhir cuba untuk tampilkan Lan dalam filem tersebut, namun terpaksa akur akan komitmennya selain sudah menggantikan wataknya kepada orang lain.

Kredit: Instagram Azlee I Harian Metro

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *