Kec0h pemuda berlakon cac4t, guna parking khas… Ras Adiba beri am4ran, desak minta maaf kepada semua 0KU!

KECOH sebuah video yang tular menunjukkan seorang pemuda berpura-pura berlakon sebagai Orang Kelainan Upaya (0KU) semata-mata untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk 0KU di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi video berdurasi 37 saat yang kini tular, pemuda berkenaan berjalan umpama individu tidak normal dan melakukan pergerakan tangan dan kaki seperti orang c4cat.

Seorang lagi pemuda yang merupakan rakannya mend4kwa berada di sebuah pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur dan dikatakan sukar untuk memarkir kereta.

viral berlakon oku 2

Seorang lagi pemuda menerusi video yang tular.

“Nak parking susah, tapi Ajim cakap kalau nak parking ada satu cara, betul-betul dapat parking, tapi cara dia pelik sikitlah

“Betul-betul dia jadi c4cat. Ini kalau kantoi dengan pak guard memang ‘m4ti’, tapi dapat parking.

“Tengok kereta hitam aku ni, betul-betul dapat parking. Terima kasih Ajim.

“Lepas ni kalau aku naik KL, aku dah tahu dah. Bawa Ajim memang selamat,” katanya.

viral berlakon oku 3

Satu lagi rakaman menunjukkan seorang pemuda berlakon sebagai 0KU.

Bagaimanapun, video tersebut dipadamkan selepas menerima kec4man netizen yang menyifatkan tindakan tersebut seperti mengh1na 0KU.

Video tersebut turut mendapat perhatian daripada, Ahli Dewan Negara (Wakil 0KU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang menyelar tindakan kedua-dua anak muda itu sebagai bi4dab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)


Malah, Ras Adiba yang merupakan Presiden Persatuan 0KU Sentral turut memberi am4ran dengan mendes4k supaya kedua-dua pemuda itu memohon maaf di atas perbuatan mereka.

“Saya ingin memberi amaran kepada saudara Iswan dan juga Ajim. Kalian telah mempersendakan dengan menggunakan parking 0KU dan berlakon diri anda sebagai 0KU.

“Saya mohon supaya kalian berdua meminta maaf kepada semua komuniti 0KU di negara kita. Sudahlah kami susah, kamu semua selalu memandang rendah kami, dan menggunakan kemudahan yang disediakan khas untuk kami.

“Kita semua akan menjadi 0KU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermainkan dan mempersendakan kami. Sila mohon maaf kepada 0KU,” tegas Ras Adiba menerusi video yang dikongsi di laman sosial milik beliau, petang Rabu.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Mstar online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *