“Kalian Sᾰkit Otᾰk,” Suami Nora Danish Bengᾰng Dengan Apa Yang Terjadi Kepada YB Rina Harun

Ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun disebabkan tindakannya yang didakwa ‘berlakon’ mencuci simen bersih di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) menggunakan alat penyembur air.

Tidak sahaja menjadi bahan jenaka dan dipersendakan ramai, keb3ncian melampau netizen terhadap Rina membawa kepada perbuatan tidak bertanggungjawab netizen mengubah kandungan profil Rina menggunakan perkataan luc4-h, sebagaimana yang tertera dalam laman ensiklopedia Wikipedia.

Foto: IG

Bagaimanapun, niat tidak menghalalkan. Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, suami kepada selebriti sensasi Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz tampil bersuara menegur tingkah laku segelintir netizen yang terg4mak menyunting laman Wikipedia menteri berkenaan dengan perkataan tidak sen0n0h.

Nedim atau nama sebenarnya, Nedim Sujak Nazri Aziz menerusi Twitter berkata, menyunting laman Wikipedia Ahli Parlimen Titiwangsa itu dengan menokok tambah perkataan disifatkan luc4-h bukanlah sesuatu yang kelakar.

“Pergi ke Wiki-nya dan menyunting benda meng4rut seperti dipaparkan tidak kelakar wahai kalian semua.

“Jangan buat perkara seperti itu. Kalau sampai tahap begini kalian bertindak dengan menyunting Wikipedianya, kalian memang ada masalah otak,” getusnya menerusi satu ciapan Twitter.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, meminta netizen yang bertindak menyunting atau mengubah kandungan Wikipedia menteri berkenaan agar berhenti daripada melakukan perkara demikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned)

Hal ini kerana, apa yang dilakukan itu boleh disabitkan atau disifatkan sebagai gangguan seksual.

“Ini (apa yang kalian lakukan) boleh disifatkan sebagai g4ngguan s3kk.sual. Tolong hentikan,” ciapnya.

Terdahulu, Rina menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan agensi di bawah kementeriannya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjelaskan, tindakanya menggunakan alat penyembur air bagi misi bantuan banjir adalah untuk membersihkan kesan n4jis unggas dan cicak yang dilaporkan sukar dicuci sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned)

Rina turut menjadi m4ngsa ‘troll’ media sosial apabila ramai golongan celik platform digital tersebut mengesan dan membongkar ciapan-ciapan lamanya dalam Twitter sewaktu sebelum aktif berkecimpung dalam dunia politik. – CARI

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *