Jumpa Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus. Sekali Komen Netizen Bikin Terhibur

Seorang wanita dikenali sebagai Aida Zurina Long men.dak.wa menjumpai ketulan seperti lilin dipercayai muntah ikan paus ketika sedang memancing bersama keluarga di Marang, Terengganu.

Wanita tersebut pada awalnya menyangkakan ketulan itu hanya sam.pah. Sebaik ditunjukkan kepada bapa, bapa men.dak.wa itu adalah muntah ikan paus.

Malah, ketulan itu meleleh seperti lilin dan mengeluarkan bau wangi ketika bapanya cuba membakar sedikit objek itu.

Aida yang merupakan pengusaha kedai makan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak menjalankan ujian untuk menentukan kesahihan objek itu.

Meninjau ke ruangan komen perkongsian portal berita Harian Metro, orang ramai mula berseloroh men.dakwa wanita ini akan menjadi jutawan segera jika ianya tulen.

Malah, ada juga yang meninggalkan komen lucu mengakui wanita ini sebagai adik beradik yang terpisah sejak sekian lama.




Ada yang men.dakwa ketulan yang dikenali sebagai ambergris mempunyai nilai yang sangat tinggi dan dicari-cari oleh pembuat industri minyak wangi.

Pendek cerita, ianya merupakan salah satu ramuan terpenting untuk membuat minyak wangi.

Februari lalu, muntah ikan paus pernah ditemukan oleh seorang nelayan di Pantai Niyom Surat Thani, Thailand.

Terdahulu, sekumpulan nelayan di Yemen menjadi jutawan sekelip mata  selepas  mereka terjumpa bangkai seekor paus sperma semasa keluar menangkap ikan di tengah laut, baru-baru ini.

Mereka membelah perut bangkai paus tersebut dan menemui ambergris atau muntah paus seberat 127 kilogram. Bahan yang ditemui dalam perut paus itu amat berharga dan digunakan untuk menghasilkan minyak wangi.

Kumpulan nelayan itu menjual muntah paus tersebut kepada seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu pada harga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) sekali gus  jumlah yang amat besar kepada penduduk Yemen.

Kredit: Harian MetroK! ONLINE

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *