Ifa Raziah Selamat Berangkat Menunaikan Umrah, Mahu Doakan Malaysia Di Raudhah & Kaabah

Penyanyi, pengacara dan usahawan terkenal, Ifa Raziah selamat berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umarah. Perihal tersebut dimaklumkan Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha ketika dihubungi Murai.my pada petang Rabu.

Ifa Bersyukur Dapat Tunaikan Umrah, Lebarkan Sayap Perniagaan 

Menurut Ifa, dia berasa syukur dan bertuah kerana dapat menunaikan umrah buat kali ketiga selain menyifatkan ia sebagai satu peluang serta rahmat dari Allah SWT.

“Ini adalah kali ketiga saya mengerjakan umrah dan Insyallah saya akan balik pada 1 Januari hadapan. Sebelum saya berangkat, saya persiapkan segala kerja disini memandangkan saya akan berada di Mekah agak lama.

Sekarang saya tengah mengembangkan bisnes.Selain di Malaysia dan Singapura,  produk saya dah masuk Arab Saudi. Jadi sebab itulah saya lama dekat sana nanti. Sambil mengerjakan umrah, saya juga perlu uruskan soal perniagaan disana. Mana tahu rezeki saya melimpah ruah disini” getus Ifa

Dalam pada itu, Ifa yang juga dikenali peminat sebagai Miss Diva mengambil peluang untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsiannya di Instagram yang kadangkala memperlihatkan penampilannya manis berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

“Insyallah doakan yang baik-baik mungkin yang tengok saya bertudung itu mungkin sebab dia masuk pertama kali tengok saya sedemikian. Selalunya selepas subuh saya akan masuk kelas mengaji secara online dan terus buat live, itulah amalan saya setiap hari. Selepas itu saya akan berniaga dengan memakai pakaian sedemikian seperti bertudung sebab saya dah malas nak bersiap. Teruskan saja.

“Setiap orang hikmah dan hidayahnya nya adalah berbeza. Macam saya walaupun belum berhijab sepenuhnya saya dapat rezeki dan dipilih oleh Allah SWT daripada jutaan hambaNya untuk mengerjakan umrah kali ketiga. Mungkin Allah tahu saya macam mana sebab Dia yang jadikan kita dan Dia juga tahu suatu hari nanti saya akan menjadi seperti ini. Kita tak boleh hukum seseorang itu berdasarkan jalan kehidupannya sekarang sebaliknya kita kena tengok bagaimana pengakhirnya kelak” jelas Ifa

Dituduh Jalani Bariatrik, Ifa Anggap Ujian Kecil 

Bercakap mengenai isu yang tular baru-baru ini mengenai dakwaan  melakukan raw4tan pot0ng usvs (bar1atrik) untuk melariskan produk jualannya, Ifa berkata sehingga ke hari ini tiada individu yang tampil menunjukkan bukti tersebut meskipun ditawarkan ganjaran ratusan ribu. Namun begitu, pelantun Dalam Diam ini menyifatkan ia sebagai ujian kecil sebelum mengejarkan umrah.

“Saya sampai sekarang tunggu sekiranya ada pihak yang tampil menunjukkan bukti bahawa saya melakukan pemb3dahan tersebut walaupun saya tawarkan ganjaran RM200,000.

“Saya anggap ini sebagai ujian kerana kita percaya setiap ujian yang Allah bagi dekat kita itu bermakna kita mampu menghadapinya. Saya boleh kawal dugaan ini dan setiap ujian ada hikmahnya. Mungkin nak cuci dosa dan mungkin naikkan darjat dalam kehidupan kita.

Selagi kita masih hidup selagi itulah akan ada pihak yang berd3ngki dengan kita, tak boleh tengok kita bahagia. Bukan sebab kita kaya sebab kita bahagia yang orang s4kit h4ti” katanya lagi

Mahu Doakan Malaysia 

Di kesempatan itu, Ifa ingin memanfaatkan rezeki yang diperolehi untuk ke Mekah dengan mendoakan tanah air dihindari dari w4bak COV1D-19 selain turut mendoakan mereka yang mengenalinya memperolehi rezeki yang sama dengannya suatu hari nanti.

“Kita doakan yang baik-baik semoga negara Malaysia ini terh4pus dari peny4kit COV1D-19 dan segala wab4k yang Allah turunkan di dunia ini. Semoga kita dapat hidup seperti sediakala seperti dahulu dan ekonomi kembali pulih supaya kita dapat berkerja secara normal.

“Itu harapan saya dan saya nak doa di hadapan Raudhah dan di depan Kaabah semoga siapa yang ikut saya, suka atau tidak suka saya, semoga Allah jemput untuk melakukan ibadah umrah dan haji suatu hari nanti dengan secepatnya. Demi Allah saya ikhlas tiada nak propa atau apa” ujar Ifa menutup bicara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *