“I Miss You” – Isteri Abam Bocey Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Melalui Video Kenangan

Siapa sangka sudah lebih dari setahun pelakon dan pelawak Allahy.arham Abam Bocey, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey menin.ggal dunia.

Terbaru, perkongsian  video di Instagram milik ar.wah yang dikendalikan oeh balunya, Nor Hidayah membuatkan ramai tersentuh hati.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Dengan Video Kenangan Arw4h

Isteri pelawak terkenal ini telah memuatnaik klip video pendek bersama Allahy.arham bersempena dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka pada 8 Disember 2021.

Dalam hantaran yang dimuatnaik itu, Hidayah berkata dia terlalu merindui ar.wah suaminya itu dan menyifatkan abam sebagai orang yang paling teruja untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.


“08/12/2017 happy anniversary my dear, selalunya ar.wah yang paling excited dalam diam dia suami yang sangat-sangat sweet. I always miss you.

Doaku disetiap sujudku..

Al-Fatihah suamiku, Syed Umar Mokhtar..

#cintaselamanya #cintasyurga #kitabaikramaisayang #al_fatihahsuamiku #anakkusyeduthmanhamzah” luah Hidayah

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Abam turut merinduinya selain mengambil kesempatan untuk sedekahkan doa dan Al-Fatihah buat pelawak kesayangan ramai itu.

Untuk rekod, Abam Bocey dan Nor Hidayah mendirikan rumahtangga pada 8 Disember 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Al-Fatihah untuk Abam Bocey.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. Tq

Sumber : Murai 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *