Harith Iskander Dᾰkwa Tak Bantu Mᾰngsa Banjir, Sekali ATM Bersuara Siap Tepek Gambar Bukti

Sebelum ini, pelawak Harith Iskander telah menge.luarkan kenya.taan dengan memper.soalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mang.sa ban.jir di media sosial miliknya.

ATM bagi penjelasan

Dak.waan itu telah menarik perhatian ramai pihak untuk memberi reaksi dan respon termasuklah pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menerusi ruangan komen di platform itu, ATM memberi penjelasan dengan menegaskan pelbagai agensi telah turun padang membantu mang.sa ban.jir.

Saudara juga turut turun padang dalam menyalurkan bantuan kepada mang.sa-mang.sa ban.jir yang terje.jas. Kita percaya masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab kepada masyarakat yang lain.

Angkatan Tentera Malaysia tidak terkecuali dalam berganding bahu bersama-sama dengan pelbagai agensi bagi membantu mang.sa ben.cana banjir.

Antaranya adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

Turut terlibat, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam pengurusan ben.cana ban.jir di Pusat Kawalan Operasi Ben.cana (PKOB) di Wisma Sri Pahang.

Marilah kita sama-sama berdoa agar segala usaha kita sama ada melalui agensi keselamatan mahupun secara individu seperti mana yang dilakukan oleh saudara Harith dan seluruh keluarga Malaysia dalam membantu mereka yang ter.kesan dipermu.dahkan segala usaha dan perjalanan kita.

Dalam entri yang sama, ATM turut memuat naik beberapa keping foto bagi mengukuhkan lagi pihak tersebut berada di tempat kejadian.

Gesa minta maaf

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa tidak ber.puas ha.ti dengan tindakan pemilik nama Harith Iskander Musa.

Malah, ada yang menggesa pelakon berumur 55 tahun itu untuk membuat permohonan maaf kepada ATM.

Terdahulu, Harith men.dakwa tidak melihat anggota ATM sepanjang empat hari dia berada di kawasan terjejas banjir iaitu di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Ohbulan via Facebook @Harith Iskander

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *