H4kim Tegur L4mbat 2 Jam Sampai Mahk4mah, Imej Cantik Nia Ramadhani Mengejvtkan

Setelah berbulan-bulan ditempatkan dalam pusat pemulihan, Nia Ramadhani dan suaminya iaitu Ardi Bakrie pada semalam akhirnya menjalani sesi perbicaraan pertama di mahkamah. Sebelum ini, mereka berdua bersama seorang pemandu kereta ditangkap atas pertuduhan menagih dan memiliki syabu. Saat diberkas dahulu, Nia dilihat memakai full cap dan berusaha sedaya upaya menutup wajahnya setelah dikerumuni oleh wartawan.

Imej Nia hadir ke sidang pertama mengejutkan ramai…Warna rambut & memakai jam tangan mahal

Bagaimanapun dalam sidang terbaru, penampilan pelakon sinetron ‘Bawang Putih Bawang Merah’ ini nyata mengejutkan ramai. Bukan sahaja sempat mengenakan seutas jam mahal, malahan Nia kelihatan begitu cantik dengan stail rambut yang baru. Tidak pucat apalagi berwajah resah, portal Kompas melaporkan aktres berkenaan sangat santai dan duduk dalam keadaan silang kaki.

Peguam tegaskan Nia & Ardi jalani program pemulihan di pusat serenti

Ini sekali gus mencetuskan spekulasi liar bahawa Nia menerima layanan double standard atau mungkin sebenarnya tidak dimasukkan pun ke pusat serenti. Pun begitu, peguamnya membuat penafian dan tegaskan mereka berdua mengikuti semua program pemulihan yang dibuat selari dengan perintah jalur hukum.

“Saya lihat penampilan dia berbeza. Tak mungkin kat luar pusat pemulihan. Kan boleh je potong atau warnakan rambut sendiri. Takpun minta tolong orang kat sana potongkan”

Tertuduh ditegur hadir lambat 2 jam lebih ke persidangan pertama

Dalam pada itu, difahamkan persidangan tertuduh terpaksa mula lewat hingga Tuan Hakim memberikan teguran kepada mereka. Diarahkan hadir pada jam 10 pagi waktu tempatan, malangnya suami isteri berkenaan hanya tiba sekitar jam 12.38 tengahari dengan alasan mengalami cirit-birit. Dinasihati supaya memaklumkan isu itu dengan lebih awal, peguam bela lantas meminta maaf bagi pihak anak guam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Portal Kompasnews detik, Facebook Utusan, YouTube Official iNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *