Guna nama untuk Raih Keuntungan, Abang Viva Viral Kesal Ada Orang Gunakan Namanya

Baru-baru ini, nama Abang Viva telah masyhur di media sosial selepas orang ramai memuji tindakannya yang sanggup turut padang dari Melaka demi membantu mang.sa ban.jir di Selangor.

Mungkin dianggap biasa, namun kisah awal individu tersebut mendapat perhatian ramai selepas dikatakan hanya bermodalkan RM50 sebagai kos perjalanan selain turut membawa sebuah bot di atas kenderaannya.

Selepas selesai membantu mang.sa ban.jir di Lembah Klang, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar kini sudah berada di Temerloh bagi meneruskan misinya di daerah tersebut.

Jaga anak arwah kakak, sifat mulia Abang Viva dipuji ramai

Selepas satu demi satu kebaikannya dide.dahkan, terdapat pula sebuah kisah yang mengharukan melibatkan Azwan selepas ditemubual oleh pihak Utusan TV.

Hal itu ketika wartawan telah bertanya tentang status terbaharunya yang dilihat mempunyai dua orang anak dan mampu ‘memelihara’ mereka sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh Azwan dan menyatakan bahawa dua orang kanak-kanak itu bukanlah anaknya, malah ia merupakan anak kepada arwah kakaknya.

Sejak dari itu, orang ramai dilihat mula meluahkan rasa simpati serta bangga dengan Abang Viva kerana mampu menjaga dua orang anak yatim walaupun hidup secara bersederhana.

Guna nama untuk raih keuntungan, Azwan luah rasa kesal

Selepas usaha kerasnya dipandang ramai, namun terdapat pula berita tidak diingini berlaku selepas terdapat pihak yang bertindak menggunakan namanya untuk meraih keuntungan.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, Azwan mengakui tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk meminta duit atau mengumpul dana dari orang ramai.

Assalamualaikum…hari ini ada hamba Allah yang mengatakan kepada saya ada seseorang yang menggunakan nama saya untuk mengaut keuntungan.

Sejujurnya saya tak pernah melantik sesiapa untuk menjadi P.A atau orang tengah jika ingin menghubungi saya.


Selain itu, dia juga turut menyatakan bahawa dirinya tidak pernah mengenakan sebarang bayaran jika terdapat pihak yang ingin menggunakan khidmatnya.

Bagi mengelakkan salah faham. Azwan telah meletakkan nombor telefonnya sekaligus melindungi nama dari digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, dia juga turut memohon maaf jika terlambat atau tidak menjawab panggilan daripada beberapa pihak oleh kerana sibuk menjalankan misi bantuannya.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja.TQ

Sumber: Ohmedia via Facebook Azwan OmarHot FM dan Harris Muhammad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *