[Video] Gelagat Si Oyen Makan Cili, Bikin Ramai Terhibur, – “Tekak Melayu Kau Hahaha”

Haiwan seperti kucing, anjing dan burung sering dipilih untuk dijadikan peliharaan. Selain dari mudah dijaga, haiwan seperti ini cukup manja dan sukakan perhatian.

Malah jika memelihara kucing dapat juga mengisi rasa kekosongan hari pemiliknya. Sudahlah comel, bijak dan banyak ragam menjadi antara faktor mengapa haiwan seperti kucing ini disayangi ramai.

Biarpun begitu, baru-baru ini satu perkongsian rakaman yang memaparkan seekor kucing telah mencuri perhatian ramai. Dalam video itu dipaparkan si comel berbulu oyen sedang ‘mengerjakan’ cili hijau dari plastik. Tidak cukup dengan itu, haiwan ini juga turut berpindah ke mangkuk berisi cili di sebelahnya.

Berikut adalah rakaman si comel makan cili yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mr_bragas:

Biar benar si bulu ini makan cili? Perkongsian rakaman si comel makan cili ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 44 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Bagi makan apa sampai gebu macam tu geram”

Kucing makan cili 4

“Heyy Oyen ni orang negeri sembilan ke”

Kucing makan cili 3

“Dulu time kucing ni kecik2 dia jatuh buai ke bang? Kepala terhantuk lantai tu yang jadi biol macam ni”

Kucing makan cili 2

“Saya rasa kucing abang ni manusia yang disumpah oleh ibunya sebab derhaka. Cuba abang siasat”

Kucing makan cili 1

Sekadar perkongsian, jangan lupa like komen dan share page kami. TQ

Sumber: HCL via Youtube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *