Gᾰra² Mᾰki Cikgu Sbb Byk Kerja Sekolᾰh, Akhirnyᾰ Tindᾰkkan Mυrid Dᾰrjᾰh 6 Ini Mengυndang Pᾰdah

Gugur air mata seorang pengguna Facebook apabila membaca sebuah tangkapan skrin perbualan anak murid darjah 6.

Ini kerana mereka sanggul memaki hamun cikgunya kerana tertekan diberikan kerja rumah yang banyak.

Gugur air mata apabila membaca

Walaupun sedih, lelaki itu tetap memahami keadaan anak murid tersebut dan memohon agar pihak atasan dapat mengembalikan keseronokan bersekolah dan belajar.

Dalam perkongsian sedih seorang pengguna Facebook Mohd Fadhli, menceritakan tentang perasaan sayu yang dia alami.

Ini apabila melihat tangkapan skrin perbualan seorang murid darjah 6 yang menggunakan bahasa kesat.

Ia ketika meluahkan rasa tertekan terhadap kerja sekolah yang banyak.

Di dalam tangkapan skrin mesej tersebut, murid darjah 6 itu menggunakan perkataan kesat seperti ‘b*bi’, ‘anj*r’, ‘s*al’ dan ‘cib*i’ bagi meluahkan rasa marahnya.

Murid itu juga berkata dia ingin membakar sekolah tersebut.

Gugur air mata apabila membaca

Fadhli di dalam hantarannya turut mengambil kesempatan untuk berpesan kepada ibu bapa untuk menyemak peranti pintar anak-anak mereka.

Dan pastikan memantau aktiviti yang dilakukan agar adab mereka terjaga dan perkara seperti ini dapat dielakkan.

“Semaklah telefon atau peranti anak anak kita. Pastikan anak-anak kita ada adab dengan guru.

Biar anak kurang bijak, asalkan tidak kurang adab. Jangan jadikan alasan anda bekerja, sibuk dan sebagainya.”

Fadhli turut memohon pihak berwajib mengkaji semula sistem pembelajaran dan kembalikan keseronokan di sekolah.

Dan di dalam pelajaran agar anak murid tidak berada di dalam tekanan selalu.

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber:ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *