Dulu ‘Waiter’, Sekarang Seniman! Pak Nil Kongsi Azam Remy Ishak Dalam Dunia Seni

Jumaat lepas berlangsungnya Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dalam acara tersebut, filem arahan Emir Ezwan berjudul Roh diangkat sebagai Filem Terbaik.

Roh yang dibintangi oleh pelakon hebat Namron, Farah Ahmad, June Lojong itu sekali gus menewaskan saingan terdekatnya iaitu Sangkar, Fly By Night dan Ejen Ali The Movie.

Remy Ishak Menang Menerusi Filem Sangkar

Filem Sangkar turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik iaitu Zul Arifin, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Remy Ishak dan Tatarias Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Kemenangan kedua-dua pelakon lelaki hebat tersebut mendapat perhatian warganet dan golongan selebriti di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Paknil Kongsi Azam Remy Ishak

Kejayaan tersebut turut dikongsi oleh pengacara, pelakon, penyanyi, pengarah dan bekas penyampai radio di Malaysia, Datuk Aznil Hj Nawawi menerusi laman Instagram miliknya. Kongsi Pak Nil, pada awalnya Remy Ishak yang merupakan ‘waiter’ di Mandarin Oriental datang kepadanya untuk memberitahu niatnya untuk menjadi pelakon.

Dia pernah datang dekat Paknil masa dia jadi ‘waiter’ kat Mandarin Oriental dan bagi tahu dia nak jadi pelakon! Sekarang dia adalah SENIMAN TERBAIK!!

Tidak Akan Berhenti Bercerita

via Instagram aznilnawawihm

Tambah Pak Nil lagi, dia tidak akan berhenti bercerita mengenai azam Remy Ishak kepada umum untuk dijadikan contoh kepada semua dalam memburu impian.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata bersetuju dan mengucapkan tahniah kepada Remy Ishak atas trofi yang dianugerahkan.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. Tq

Sumber : Murai 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *