Did4kwa Nampak ‘Baby Bvmp’, Instagram Eyra Hazali Mula Dibanjiri Ucapan Tahniah – ‘Tk Sabar Nk Tengok Adik Hayder’

VSelepas setahun dikurniakan cahaya mata lelaki, pelakon Eyra Hazali kembali mencuri perhatian ramai selepas didakwa sedang berbadan dua.

Nampak baby bump?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)


Biarpun belum ada sebarang pengesahan dari pemilik nama lengkap, Hazirah Qasdina Hazali, ruangan hantaran yang memuat naik foto bersama keluarga berkunjung ke sebuah taman rekreasi dipenuhi dengan komen ‘baby bump’.

Ramai dalam kalangan netizen mula menunjukkan rasa teruja serta menitipkan ucapan tahniah kepada pelakon berusia 22 tahun ini.

Malah, ada juga dalam segelintir pengikut yang sudah lama perasan dengan fizikalnya yang kian berisi.

@s_maryamrose: Tahniah. sebab dah dua bulan tengok Eyra ini gemuk dia lain macam. Mesti ada isi ni.. memang betul.

@nuramara49: Tahniah Eyra. Tak sabar nak tengok adik Hayder.

@sharmienazmira_: Macam nampak baby bump ja.

@pwincesszirahhh: Eyra mengandung ka?

@hbvrly: Eyra macam mengandung la.

Kunci mulut

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut.

Usaha OhBulan! untuk mendapatkan jawapan dari pelakon drama Mr. Grey belum berjaya apabila kiriman mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp belum berbalas.

Terdahulu, Eyra dan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Muhammad Haziq Nadzli Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia setahun.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *