Dengan Sekali Lafaz! Raja Syahiran & Uyaina Arshad Selamat Bergelar Suami Isteri

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad selamat bergelar isteri kepada penyanyi Raja Syahiran pada awal pagi tadi.

Pilih Tarikh 21/12/21 

via Astro Gempak

Memilih tarikh hari ini, 21/12/2021 sebagai hari istimewa mereka, dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi pasangan suami isteri pada jam 9.03 pagi yang dinikahkan oleh abang kandung Uyaina,Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua orang saksi.

via Astro Gempak

Berdasarkan perkongsian dari Astro Gempak, majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di The Colony, Star Boulevard KLCC . Syahiran telah menyerahkan mas kahwin berupa set barangan kemas buat Uyaina dan tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua-dua belah pihak. Malah jumlah wang hantaran juga dirahsiakan atas persetujuan kedua belah keluarga.

Wujudkan Tanda Pagar Istimewa 

via Astro Gempak

Untuk info, tanda pagar #URS telah diwujudkan pasangan ini sebagai simbolik akronim nama Uyaina dan Raja Syahiran selain singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.

Tanda pagar #HinggaAkhirWaktu juga menjadi pilihan mereka yang merupakan judul lagu dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan kepada ibu pengacara itu, Siti Noor Farah. Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari nanti.

Majlis pernikahan pasangan itu dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua mereka.

Sekadar perkongsian jangan lupa like komen & share. Tq

Sumber: MURAI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *