“Dalam pantang pun cantik” Wawa Zainal kongsi Wajah Putera Bongsu di majlis akikah – Selamat lahir ke dunia Jibril Ibtisam

Selepas 11 hari berpantang, pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel akhirnya mendedahkan wajah putera bongsu mereka di Instagram.

Selain mendedahkan wajah, pasangan itu turut berkongsi nama bayi mereka iaitu Jibril Ibtisam.

“11 hari, selamat lahir ke dunia Jibril Ibtisam,” tulis mereka yang masing-masing berkongsi foto bayi serentak usai majlis akikah yang diadakan di kediaman mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)



Beberapa keping foto wajah anak keempat Wawa dikongsi sempena majlis cukur jambul yang diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan di kediaman mereka.

Pasangan pelakon ini turut berkongsi nama bayi mereka iaitu Jibril Ibtisam kepada peminat dan warga maya.


Sebelum ini Wawa pernah berkongsi pengalaman melahirkan baby Jibril di laman Instagramnya. Menurutnya, dia terpaksa menahan saklt pada pukul 2 pagi kerana tak sampai hati nak kejutkan suaminya yang sedang tidur.

“Jam 2am menahan saklt tak sampai hati nak kejut aeril.. tunggu la sampai 5am.. sampai-sampai hospital dah 9cm , lain macam saklt dia walaupun anak ke4 da”

Rata-rata warga maya tldak putus-putus memuji kecomelan baby Jibril. Ada juga yang terpesona dengan kecantikan Wawa walaupun sedang berpantang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *