Comelnya! Ini 11 Selebriti Terkenal Yang Melahirkan Cahaya Mata Pada 2021

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, ramai selebriti yang mendapat khabar gembira kerana menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Berikut kami shortlist 10 selebriti yang menerima cahaya mata sepanjang tahun 2021 ini.

1. Nad Zainal

 

Pelakon, Nad Zainal berkongsi khabar gembira apabila dia selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 30 Mac 2021 (Selasa) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Tambahnya lagi,  dia tidak berasa tertekan ketika proses pembed4han dilakukan malah sempat bersembang dengan doktor yang bertugas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

2. Tajul

Pelantun Sedalam-Dalam Rindu, Tajul Ariff Noor Md Shari atau lebih dikenali sebagai Tajul berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan anak kedua mereka pada 6 Mei 2021 di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tajul memberitahu bahawa isterinya telah bers4lin secara normal dan anak kedua merekamerupakan seorang bayi lelaki seberat tiga kilogram.


Sekadar info, Tajul telah mendirikan rumah tangga dengan Shamieza Eddie sekitar tahun 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

3. Datin Lisa Surihani

Isteri kepada pengarah, pelakon, dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim iaitu Datin Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 15 Jun 2021. Menerusi perkongsian di Instagram, Yusry berkata Lisa telah melahirkan sorang bayi lelaki pada awal pagi 15 Jun 2021 dan memaklumkan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Lebih manis, kelahiran anak lelaki kedua mereka itu juga disifatkan sebagai hadiah hari lahir Yusry yang ke-48 apabila bayi tersebut juga lahir pada hari kelahiran Yusry, 15 Jun. Sweet kan!

4. Yatt Hamzah

It’s a boy!. Pelakon, Yatt Hamzah telah selamat melahirkan anak keenam pada 3 Julai 2021. Menerusi laman Instagram, Yatt menceritakan bahawa dia melahirkan anaknya itu secara normal biarpun pada awalnya telah dijadualkan untuk menjalani proses secara pembedahan.

Lebih menggembirakan, anak keenam nya ini juga merupakan cahaya mata lelaki pertamanya dan turut memberi bayangan bahawa ini merupakan anaknya yang terakhir.

5. Izreen Azminda

Pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Izreen Azminda berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata ketiganya 21 September 2021. Khabar gembira itu dikongsi Izreen menerusi laman Instagram berserta foto separuh wajah bayi comel itu.

Sekadar info, Izreen telah berkahwin dengan Ude Wahid yang juga pemuzik sekitar Ogos 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim. Izreen turut mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar menerusi perkahwinannya bersama bekas suami terdahulu yang kini sudah berusia 5 tahun.

6. Elly Mazlein

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perub4tan di Selangor pada 23 Oktober 2021. Menerusi perkongsian di Instagram, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom turut mengumumkan nama anak keduanya sebagai Haider Mateen Bin Mohamad Azlan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Sebagai info, Elly Mazlein mendirikan rumah tangga keduanya dengan seorang guru iaitu Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2021. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama pengarah Azmi Hatta, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia,5.

7. Jamal Abdillah

via Astro Awani

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah berkongsi khabar gembira apabila isterinya Datin Zai Izzati telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada 11 November 2021 di sebuah hospital swasta di Ipoh.

Menurut laporan Astro Awani, penyanyi berusia 61 tahun ini juga telah berkongsi nama anaknya yang diberi nama El Issac Yamani. Dedah Jamal, anak keempatnya itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack yang merupakan nama karakter Jamal dalam filem Azura yang ditayangkan sekitar tahun 1980-an.

via Instagram @zaiizatti17_

Untuk rekod, Jamal dan Zai Izzati telah berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Azura Yamani. Menerusi perkahwinan Jamal terdahulu, penyanyi ini mempunyai dua anak lelaki yang juga selebriti iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

8. Wawa Zainal 

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah selamat menimang cahaya mata keempat mereka pada 30 November 2021. Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa berkata kelahiran kali ini benar-benar mencabar dan lebih menyakitkan berbanding tiga anaknya yang lain.

Sebelum itu, Aeril memuatnaik foto yang menunjukkan Wawa terbaring di atas katil hospital dan memberitahu isterinya mengalami kontraksi hendak bers4lin dan kelahiran itu awal seminggu daripada jangkaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Aeril dan Wawa telah berkahwin pada tahun 2013. Hasil perkahwinan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya.

9.Datin Vivy Yusof

Usahawan selebriti terkenal, Datin Vivy Yusof telah selamat melahirkan anak keempatnya pada 22 November 2021 yang merupakan seorang bayi lelaki. Menerusi perkongsian di Instagram, Vivy atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof berkongsi beberapa keping foto anak bongsunya itu yang diberi nama sebagai Idris Ali Shah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Sebagai info, Vivy telah berkahwin dengan Dato Fadzaruddin Shah pada Julai 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah, dan Sarah Ilham Shah.

10.  Almy Nadia

Pelakon Datuk Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak keempat mereka pada 8 Disember 2021. Menerusi perkongsian di Instagram, Fizz berkongsi foto bersama kapsyen yang menyatakan mereka menimang anak keempat yang juga cahaya mata perempuan.

Fizz dan Almy telah berkahwin pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, dan Nur Afrina Ayra. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.

11. Liana Rosli

USAHAWAN kosmetik Kak KM selamat melahirkan anak keempatnya secara normal di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 1.30 tengah hari, Rabu.

Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli tidak menyangka kelahiran cahaya mata perempuan itu jatuh pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-19.

Sumber : murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *