[Video] Si Bulus Santai Berendam Dalam Air,- Sekali komen netizen pula bikin terhibur

Spesis haiwan seperti kucing ini banyak dijadikan peliharaan. Bukan sahaja kerana ianya memiliki fizikal comel, malah sifat manja dan sukakan perhatian turut menjadi sebab kenapa ramai yang sukakan kucing sebagai haiwan peliharaan.

Selain dari itu perangai haiwan ini yang sukar dijangka membuatkan pemiliknya kadang-kadang pelik dan terhibur dengan kucing yang dijaganya. Sama seperti gelagat seekor si comel dalam satu rakaman yang tular baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian tersebut kelihatan seekor si bulus santai berendam dalam air. Besen yang berisi air itu diletakkan di luar rumah dan si comel ini tenang sahaja terbaring di dalamnya.

Berikut adalah perkongsian rakaman si bulus santai berendam dalam air ini:

Amboi tenang dan santai habis! Perkongsian rakaman gelagat si bulus santai berendam dalam air ini telah meraih lebih 2.2 juta tontonan dan 377 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat haiwan ini yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun khasaaja. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Kucing acik mandi air suam pun sibuk nak lari”

Kucing santai berendam 4

“Kalau kucing aku terkena air sikit pun dah menggelupor”

Kucing santai berendam 3

“Kucing ni rosak ni. Hantar kat saya, saya tolong repair”

Kucing santai berendam 2

“Kucing aku, aku baru niat nak mandikan dia dah hilang”

Kucing santai berendam 1

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *